Saturday, August 22, 2009

Niat dan Ibadat

Sekali lagi ingin saya ucapkan selamat menyambut bulan suci Ramadan al-Mubarak kepada muslimin dan muslimat diseluruh dunia, khususnya di Negara Brunei Darussalam ani. Marilah kita berlumba2 dalam memperbanyakkan ibadat, demi merebut seribu satu kebaikan dalam bulan ani.

Sempena bulan ani, maka banyak lah ketani dangar dalam TV maupun radio akan ibadat puasa ani. yg menarik perhatian saya ialah mengenai niat puasa. baru tadi saya mendengar radio cemana bentuk niat puasa ani. DJ atu membagitau bahawa ketani diwajibkan berniat puasa disebelah malam untuk berpuasa disiang harinya. dan dengan bertaklid kepada mazhab Maliki ketani digalakkan berniat untuk puasa sebulan jika dibimbangi akan berniat dimalam2 bulan ramadan. Niat yg biasa ketani dangar lafaznya ialah "na waitu sauma ghadin an adaai fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala". satu persoalan, siapa yg mengajar lafaz niat ani? dan adakah niat ani sesuatu yg dilafazkan oleh lisan atau ianya duduk didalam hati?

begitu jua dengan ibadat2 yg lain seperti solat, ada niat2 yg ketani kana ajarkan sepeti "usalli fardu maghrib" dan sebagainya. dan ianya dijadikan sesuatu yg penting dan tanpanya solat atau puasa ketani nda sah. Niat ani diketahui umum akan maknanya. niat adalah adalah keinginan, tujuan, dan kemahuan. bukannya susunan perkataan yg perlu dilafazkan seperti yg ketani pahami. bukan lah aku ani kan mengatakan bahawa apa yg ketani biasa amalkan ani salah cuma natijah daripada salah pahaman ani adalah nda berapa bisai. pernah dulu masa diasrama ada kawan ani nda puasa. Bila ditanyakan kenapa, katanya ia lupa berniat. saya tanyakan adakah ia bangun untuk makan sahur tadi, dijawapnya awu..bila ditanya kenapa ia makan sahur, katanya kan puasa.. fiqh jenis apa yg dipakainya ani? ia bangun sahur dengan niat kn puasa, tapi kerana lupa melafazkan "nawaitu" atu ia nda jadi puasa.. takut nda sah..

sama jua dalam sembahyang, urg payah2an kan 'masuk' dalam sembahyang.. kerana hendak memasang niat. sering ketani meliat tu, urg angkat takbir bekali2 kan memasang niat. sedangkan dari definasi solat atu sendiri jelas bahawa memasang niat atu bukanlah salah satu dari rukun sembahyang. sembahyang ani adalah sesuatu amalan yg dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam. niat atu dapat diketahui dengan perbuatannya mengambil wudhu dan berdiri mengadap kiblat serta pada waktu2 yg tertentu.

bukanlah ku kan menolak mana2 urg yg kan mengamalkan benda ani, tapi bila ianya menjadi sesuatu yg dimestikan dan urg yg nda membuatnya maka amalannya atu nda sah, maka perkara ani mesti diperbetulkan. Yusuf al-Qardawi menyebut bahawa urg yg melafazkan niat ani maka benda ani nda pernah dibuat oleh golongan salafus solih dan menunjukkan bahawa akalnya nda sempurna. Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah menyebut, tidak melafazkan niat ani melainkan kurangnya akal dan agama.

Wallahua'lam..

0 comments: