12.4.17

Is sharing, truly caring?

Selalu ketani mendangar ungkapan “sharing is caring” yang membawa maksud berkongsi ani menunjukkan sikap pemedulian. Lebih kurang lah begitu. Tapi sejauh mana kebenaran statement ani. Saya menjadi bertanya, jenis “sharing” atau perkongsian apakah yang betul-betul menunjukkan ketani ani “caring”? Di dalam Islam, memang dianjurkan untuk kita berkongsi rezeki bersama manusia lainnya. Bahkan sehingga berkongsi kesenangan kepada haiwan pun juga menjadi satu pahala.

Suka saya mengulas sedikit mengenai dengan satu fenomena baru dalam istilah “sharing” / berkongsi yang saya perhatikan dewasa ini. Kemunculan media-media sosial telah mengubah cara hidup manusia di seluruh dunia. Istilah “sharing” sangat sinonim dengan media sosial, yang sangat menjadikan manusia berkongsi maklumat dengan begitu cepat dan mudah. Sesuatu perkara akan menjadi tular (viral) dengan sekelip mata dengan kecanggihan telefon pintar dan appsnya.

Dari satu sudut, diakui, ianya memang satu kebaikan terutamanya apabila yang dikongsi itu adalah ilmu dan maklumat bermanfaat. Tapi ianya akan menjadi negatif apabila perkara yang dikongsi itu adalah berbentuk fitnah dan dusta dan sebagainya yang setentunya akan menjadi dosa bagi mereka yang mengongsikannya. Tapi perkara ini sudah dimaklumi dan banyak jua peringatan-peringatan baik daripada pihak berkuasa ataupun dari kalangan agamawan untuk kita lebih berhati-hati sebelum mengongsikannya.

Tapi ada satu macam lagi jenis perkongsian negatif yang orang selalu terlepas pandang, iaitu, mengongsikan setiap tindak tanduk seharian kita. Mungkin ada orang yang berfikiran, berkongsi gambar atu hanya sebagai cara mengabadikan kenangan manis dan peristiwa penting. Ataupun sebagai update kepada saudara-mara yang jauh. Apa-apapun, saya melihatnya dari sudut yang lain.

Baru-baru ani, saya perhatikan, ada lah seorang daripada rakan FB saya yang hampir setiap hari “sharing” juadah masakan tengahari di akaun FBnya. Dilihat begitu memang tiada apa-apa salahlah, barangkali dalam fikirannya untuk mempromosikan pemandainya memasak, kot-kot ada yang minta khidmat masakannya.

Sebahagian orang mungkin melihatnya sebagai riyak dan menunjuk-nunjuk, ala, kambang, dan minta puji. Atu terpulang kepada niat orang yang berkongsi atu. Tapi secara peribadi saya kurang senang apabila melihat orang-orang yang suka berkongsi apa sahaja kan dibuat atau dimakannya ke dalam media sosial. Bukan soal dengki ataupun hasad, kerana kita juga makan tidak kurang banyaknya cuma hendak menegur saja untuk peringatan diri sendiri dan orang lain.

Dulu masa belajar sekolah agama, saya masih ingat satu pelajaran di dalam subjek Adab. Antara yang saya ingat adalah adab dan akhlak kita kepada jiran. Hak-hak jiran adalah antara yang penting untuk kita jaga dan melanggarnya merupakan dosa. Sampai ini saya ingat, Islam menganjurkan kita untuk berkongsi rezeki bersama jiran, bukan dengan cara “sharing” gambar, tetapi dengan cara pemberian dan sedakah.

Sehingga apabila kita memasak daging atau gulai, Islam menggalakkan kita membanyakkan kuahnya, untuk diberikan kepada tetangga sebagai cara berkongsi yang betul. Kita juga disuruh menutup sekiranya kita membawa balik barang makanan, jangan sampai jiran atau anak-anak jiran terlihat lalu taisliur dan mereka tidak dapat membelinya kerana kemiskinan atau kesempitan wang.

Jika inilah anjuran ugama, maka berkongsi 5-6 macam juadah masakan kita, makan di restoran yang mahal-mahal atau hadir dikenduri yang mewah di Facebook atau Instagram, sehingga ada hamba Allah lain yang kurang berkemampuan hanya mampu menelan air liur, apakah perkara tersebut satu pahala?

Saya juga kurang senang melihat, apabila pasangan suami isteri, suka berkongsi foto-foto romantis mereka seperti menunjukkan hidup mereka penuh bahagia, tiada dukacita dan segalanya sudah beres. Tetapi disebalik gambar yang ceria atu, hidupnya dikelilingi hutang, nda ngam beipar duai, jahat-menjahati sesama sendiri, pemalas, penidur, nda pandai kedapur dan sebagainya. Bagi saya, cukuplah memori manis atu disimpan sendiri. Nda perlu diliat-liatkan kepada orang kampung.

Bagi saya, perempuan adalah paling terok dalam hal ini. Serba serbi kalau boleh dikongsi, dikongsikannya. Gambar-gambar yang sepatutnya menjadi tatapan suami, sekarang boleh dilihat oleh orang lain. Dan ini salah satu double standard dan hipokrasi sebahagian perempuan. Apabila seorang lelaki ini menambah isteri, dibilangnya tidak sudi berkongsi kasih dengan perempuan lain. Tapi nda sedar yang dirinya, dengan terang-terangan mengongsikan auratnya untuk tatapan lelaki-lelaki lain. Boleh pula?

Gejala ini tidak eksklusif kepada orang-orang muda. Benda-benda ani yang dahulunya hanya menjadi bahan mainan anak-anak muda, telah berjaya juga menjangkiti golongan veteran dan orang-orang tua. Mereka-mereka yang sebelum ini, dengan agak tegas mengkritik anak-anak muda kerana terlalu obsess dengan media-media sosial, kini 2 X 5 juga fi’ilnya. Segalanya pun kan diupload ke media sosial.

Sekian dulu coretan petang ini. Sila kongsikan jika bermanfaat.

No comments: