10.5.17

“Hai Obat Hai Obat, Mari Beli Obat ~~”

Kemarin behari ada main cerita Do Re Mi di TV2 dan seperti biasa, kalau ada cerita P.Ramlee ani, balik-balik meliat pun siuk masih. Kanak-kanak pun minat jua terutama bab durang bejual obat sambil bernyanyi atu, yang si Re high-pitched. Hehe.

Ani yang uniknya filem-filem P.Ramlee, nda pernah boring meliat dan tetap disukai zaman berzaman. Satu yang saya perasan adalah, setiap kali meliat filem lama ani, akan ada saja benda baru yang ketani temui. Sebagai contoh cerita Do Re Mi yang ariatu kn, ia bermula dengan cerita individu si Do, pastu si RE dan si Mi, baru tah cemana durang betamu masa membubut pencuri beg yang gemuk atu.

Barangkali cerita Do Re Mi atu adalah kritik sosial tentang apa yang terjadi masa atu. Bagaimana kisah kehidupan belaki-bebini. Contohnya si Do, ia adalah gambaran bahawa ada sebahagian lelaki yang nda berapa peduli kan rumah tangga, nda bekeraja dan lebih banyak membuang masa melepak dan bermain dam. Dan akhirnya bercerai dengan isteri.

Cerita si Re pula, menggambarkan ketidakmampuan seorang lelaki menjadi ketua keluarga dan ia tah pulang diperintah bininya, dan bila dikritik oleh ahli mesyuarat tingkap, dilawankannya lagi ulah bininya atu. Akhirnya kana halau dari rumah.

Si Mi walaupun nda bebini, miskin dan tinggal di ‘Istana Sangkut’ yang buruk, lebih bahagia dan seronok hidupnya. Bayangkan, ia bulih layar buruk lagi masa interview keraja atu. Mungkin pilihan untuk nda bebini ani, ada kalanya lebih baik dan lebih membahagiakan asalkan saja ada keluarga yang baik.

Becakap mengenai keluarga ani, ketani baru sahaja menyambut Hari Keluarga Kebangsaan pada hari Ahad lepas. Saya sebenarnya bukanlah peminat kepada Hari Keluarga Kebangsaan, dengan alasan yang sama kenapa ketani nda menyambut hari Ibu dan hari Bapa.

Dalam Islam hubungan keluarga (silaturahim) ani teramat-amat penting, sehingga pemutus Silaturahim diancam tidak akan masuk syurga (HR Bukhari). Dalam masyarakat ketani, alhamdulillah, institusi keluarga ani memainkan peranan penting khususnya sebagai bond kepada hubungan bermasyarakat dan seterusnya bernegara. Kekeluargaan masih diambil berat sehinggakan dalam membuat apa-apa keputusan yang berbentuk peribadi pun, kadang ketani terpaksa mengambil kira faktor keluarga.

Sebagai contoh, kalau kan kawin, yang utama untuk dibawa berbincang adalah keluarga, peradian dan abis petuan yang lainnya. Kalau kan beulah nda tantu-tantu, ketani fikirkan nanti keluarga dapat malu. Kalau ada ahli keluarga yang berjaya, semua orang akan tumpang gembira. Jika ada yang kesusahan, maka bantuan akan dihulurkan.

Sebagai seorang anak, Islam telah menggariskan bahawa yang lebih utama untuk ketani berbuat baik adalah kepada Ibu, sehingga Nabi SAW mengulang 3 kali “Ibumu” apabila ditanya kepada siapa seorang anak harus berbakti, yang keempatnya barulah kepada “Ayahmu” (HR Bukhari). Berbuat baik kepada ibu bapa ani bukanlah semata ketani meduli makan minumnya, tapi yang penting jua adalah menjaga hati dan perasaan mereka. Ramai orang terlepas pandang akan hal ani. Kadang-kadang keputusan ketani yang nampaknya remeh, sebenarnya mengguris hati indung tanpa ketani sedari.    

Saya sendiri pun dulu sama jualah. Bukannya kan berlagak suci lah. Ketika saya kedapatan merokok di asrama dulu, bapa membagitau betapa sedih perasaannya. Kata-kata bapa yang paling menusuk jiwa ialah apabila bapa berkata “masa ninimu (bapanya) meninggal, nda pulang ku menangis”. Mulai dari atu, mulalah sadar sikit akan pentingnya menjaga nama keluarga ani dan untuk tidak mengguris hati indung. Dan masa ani, berusaha sedaya upaya untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapa termasuk kedua indung mertua walaupun jasa dan pengorbanan durang atu nda akan dapat terbalas. Alhamdulillah jua, isteri tidak menjadi penghalang untuk saya berbuat bakti kepada mereka.

Ada ceritalah dulu, seorang anak ani kan merancang bekawin-kawinan, dan perbincangan pun dibuat oleh kedua keluarga. Dan seperti biasa, kalau kawin ani, yang turut difikirkan adalah tempat menetapnya nanti, dan si ibu ani mencadangkan untuk dibasari sedikit bilik anak lelakinya atu supaya selesa sikit kalau tinggal sama bini. Dengan selamba anak atu menjawap “jangantah diusai, lapas kawin nanti kan tinggal arah rumahnya, kan menjaga mamanya”. Lalu si ibu atu menjawap “manasaja kalau kamu kan nda mau tinggal sini, tapi bukannya kami ani indung jua kan, yang perlu dijaga dan dipeduli?” Ani salah satu contoh perbuatan yang ketani terlepas pandang kadang-kadang.

Cerita lain, ada seorang anak ani yang sebelum kawinnya sangat rapat ke indung bininya. Setiap kali kan bejalan, selalu meunjuk usin. Asal bonus, membari. Kan kemana-mana, mesti indung bini yang ditanyakan dulu. Sehingga kan memutung baju keraja, mamanya yang menjadi rujukan. Tapi selepas kawin, totally berubah. Nda lagi pandai meunjuk usin, bonus nda lagi ampit indung, ketaisan liur indung nda lagi berapa penting, rupanya gajinya diuruskan oleh bini, pastu kan membawa bini pindah rumah pasal bininya kurang selesa tinggal sebumbung sama indung dan peradiannya. Kalau nda beusin dipahami lah, tapi nasfu serakah bini didulurnya, makan mewah ani minggu-minggu, makan angin 2-3 kali setahun, barang-barang anu bejenama dan mahal, hutang piutang bini sebelum kawin ia menanggung.

Orang ani dulunya boleh katakan gagahlah, suka jua mengkritik kerajaan, mantri atu palui, mantri ani nda berakal, atu nda bagus, ani nda bisai… udahnya kawin, kana marahi bini! Bininya ani pun satu mangkuk jua. Dulu masa kan kawin, banyak janji-janji manis. Kunun kan menjaga laki sakit damamlah, ia jua amah beidar menunggu di spital, Kan kawin sebelum Ramadhan, kunun kan membuatkan sahur dan sungkai laki, ia juanya bekatok subuh-subuh membanguni sahur. Lapas kawin beranti keraja, kunun kan menjaga rumah tangga, tapi bilik masih amah memanyap, baju pun kana jamurkan. Alahai~

Ada lagi seorang kenalan, ia membawa bininya pindah dari rumah mertuanya pasal ia nda suka kana tagurkan barangnya berjurit. Kononnya kalau rumah sendiri, free to do anything. Tiadalah salah kalau kan berpindah dan keluar dari rumah indung ani, tapi dengan reda durang dan dengan alasan yang munasabah.  Pernah ada seorang pegawai kanan di opis memberitahu aku masa ku kan minta tukar ke bahagian lain dan ia nda menyuruh, katanya “Dan, kalau urang yang kana gunai ani nda kana lapas, bila sudah kana lapas atu, nda tah urang beguna tu ertinya”. Deep.

Ada kawan, indungnya jadi sangat marah pasal ia terlalu melabihkan kawan-kawannya. Sehinggakan sakit damam indung kawannya atu lebih ia tau daripada keadaan kesihatan indung sendiri. Kalau kawan-kawan membawa makan angin, layan saja walau habis beribu ringgit. Pernah sekali, indungnya kan minta bawa ke Miri, ucapnya nda belaku… nah jadi kemarahan dan terguris hati indung.

Tidak dinafikan, dalam bebeapa keadaan ada kalanya ketani nda sependapat dengan indung ani, tapi kita boleh berbeza dalam batas-batasnya. Sekiranya perbuatan indung atu menyebabkan ketani melakukan dosa, memutuskan hubungan ukhuwah, merugikan ketani dan orang lain, mengambil hak jiran dan sebagainya, maka dalam hal ani ketani boleh nda bersetuju.

Sekian coretan ini kali.

Rabbighfirlii waliwalidayya, warhamhuma kama robbayani soghira. Amin
.

Wassalam.

No comments: