Sudah agak lama saya ingin
menulis mengenai dengan satu pemerhatian saya mengenai dengan cara orang kita
membuat saf di dalam solat Jemaah. Cuma saya kurang ilmu dan maklumat mengenai
perkara ini maka saya malamkan dulu untuk mengulasnya. Tapi sejak ahir-ahir ini
saya rasa terpanggil untuk membawakan isu ani, dengan harapan ada yang lebih
arif seperti para asatizah, daie-daie dan institusi ugama yang lain mungkin dapat
mengulasnya dengan lebih panjang dan ilmiah.
Masa belajar ugama dulu, saya
masih ingat lagi apabila cikgu mengajar bahawa saf solat mestilah
dirapatkan dan diluruskan. Setiap kali pelajaran amali ibadat, cikgu selalu
mengingatkan bahawa saf mestilah rapat dan lurus; rapat dengan erti bahu kita menyentuh
bahu orang disebelah, sementara lurus bermaksud belakang tumit kita adalah
selari dengan belakang tumit orang di sebalah. Perkara ani selalu menjadi
ingatan dan pemerhatian saya setiap kali solat berjemaah, baik di masjid, surau
ataupun di rumah.
Ada jua saya betanya kepada
kawan-kawan aliran syariah mengenai hal ini, samada terdapat perbezaan pendapat
mengenai dengan tatacara merapatkan saf. Jawapan yang saya terima ialah para
ulama sepakat bahawa merapatkan dan meluruskan saf solat adalah sepertimana
yang disebutkan di dalam banyak hadis-hadis Nabi dan athar para sahabat. Walau bagaimanapun, solat tersebut adalah sah tetapi kurang sempurna dari segi
penyusunan safnya.
Ada kawan berpendapat kenapa
orang-orang kita gemar memberi sedikit ruang di antara satu sama lain ialah
kerana untuk memberi sedikit ruang untuk duduk betimpuh semasa tahiyat akhir.
Kalau nda ada ruang, maka nda dapat duduk betimpuh dan terpaksalah duduk
seperti duduk di antara dua sujud. Apapun alasannya, nya kawan atu, adalah
lebih utama bagi jemaah untuk merapatkan dan meluruskan saf-saf solat
sepertimana jua yang digariskan.
Kebanyakan orang kita kurang
ambil berat dalam soal memenuhkan saf ini, buktinya kalau ada ruang kosong
dihadapan atau di sebelah, orang lain pulang diariknya untuk memenuhkan,
daripada ia sendiri yang bergerak masuk. Kadang-kadang biar nda berisi saf atu
pasal gagas kan mengangkat takbir.
Diceritakan bahawa semasa zaman
Sayyidina Omar Al-Khattab RA menjadi khalifah, beliau akan mengarahkan
seseorang untuk memastikan bahawa saf solat jemaah adalah rapat dan lurus
sebelum beliau mengimamkan solat. Mungkin ani satu praktik yang boleh dibuat
oleh para imam kita, sekurang-kurangnya berikan masa yang mencukupi dan adakan
satu pasukan untuk memastikan saf adalah betul-betul rapat dan lurus sebelum
solat dimulai.
Oleh kerana saf ketani ani kurang
kemas, iatah makahnya jua kadang-kadang sebahagian jemaah terpaksa solat di
luar masjid dan ada yang solat di tempat meletakkan selipar di luar. Padahal kalau
saf-saf di hadapan atu rapat dan lurus, lebih ramai lagi yang ampit masuk ke
dalam barisan. Cuba biskita perhatikan, bukan saja saf atu nda rapat, bahkan
terlalu renggang, kadang-kadang ada yang dalam sekaki jaraknya di antara satu
sama yang lain. (cuba biskita google “sembahyang mahgrib jemaah brunei” dan
liat arah image)
Saya teringat pernah membaca satu
kisah yang dikaitkan dengan Sayyidina Omar Al-Khattab RA, ketika beliau
memimpin tentera Islam berperang dan kaum muslimin ketika atu kalah teruk. Lalu
beliau membuat 'audit' sikit dan dapatannya adalah pasukan muslimin bukan kalah keramaian atau bukan nda tedapat senjata yang mencukupi, tetapi orang-orang islam
ketika atu nda meluruskan saf solat dan nda melazimi bersiwak.
Rupanya kekalahan
mereka adalah disebabkan kerana mereka dengan tidak senghaja meninggalkan Sunnah
Nabi SAW di dalam perihal saf solat dan bersugi. Mengambil iktibar dari kisah
ani, mungkin sebahagian daripada ujian berbentuk kepayahan dan ‘kekalahan’
ketani ani adalah berpunca daripada perkara yang sama jua, ada Sunnah-sunnah
Nabi SAW yang ketani tidak amalkan baik secara sengaja ataupun tidak. Di
sinilah peranan ahli-ahli agama dan penuntut ilmu agama untuk sentiasa
mengingatkan orang-orang awam yang lainnya. Saya penuh yakin, sekiranya kita
betulkan saf ini sesuai dengan yang diperintahkan, serta menghidupkan sunnah-sunnah Nabi SAW yang lain, insyaAllah akan bertambah berkat dan
makmur lagi negara kita ini.
Oleh itu, saya mencadangkan agar
tajuk ini dapat diulas dan dikupas secara mendalam serta diuwar-uwarkan di
dalam kuliah-kuliah, di sekolah-sekolah, media-media, dikhutbahkan,
atau dibuatkan irsyad hukum sebagai peringatan kepada umat Islam di negara ini. Semoga
dengan kita sama-sama menjaga kesempurnaan saf solat kita, Allah ta’ala akan
menjaga negara kita, aman makmur selamanya. Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment