HIDUP, KEHIDUPAN DAN PENGHIDUPAN
Saya
masih ingat lagi apabila negara China melaporkan kes jangkitan COVID19 ini seawal
bulan Januari 2020 yang lalu. Ketika itu, kita masih belum nampak tanda-tanda penularannya
di luar daripada China selain Korea Selatan dan Jepun. Mana tidaknya, kita
masih sahaja disibukkan dengan perasmian dan pelancaran Tahun Pelancongan
Brunei-China 2020 yang telah mendapat liputan media secara meluas. Maka
berbondong-bondong pelancong dari negara itu datang ke negara ini dan
menimbulkan sedikit ketidakselesaan kepada sebahagian kita. Alhamdulillah, kita
tidak ada mengimport virus ini daripada mana-mana kluster pelancongan.
Dan
apabila mana kes-kes ini mula merebak dengan bawaan kluster Seri Petaling, kita
menjadi kelam kabut. Maka, dalam keadaan ingin mengawal krisis ini, keluarlah pendapat-pendapat
baik dari pihak kesihatan, keselamatan dan agama. Hadis-hadis tentang penyakit,
taun, dan wabah pun dijadikan rujukan. Apakah kita ini tidak memahami Hadis
yang sekarang terkenal itu “Jika kamu MENDENGAR taun di sesuatu tempat, jangan
kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di
situ, jangan kamu keluar daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis
ini bukan sahaja mengajar soal kuarantin atau pengasingan diri, bahkan adalah
arahan untuk sekatan immigrasi atau immigration suspension yang mana kita telah
gagal membuatnya. Dan petunjuk Nabi itu adalah ketika kita baru saja ‘mendengar’
tentangnya walaupun belum lagi disahkan oleh mana-mana pihak yang berautoriti.
Sebab itu W.H.O.
dikiritik keras kerana memberikan rekomendasi yang salah terhadap perkara ini.
Antaranya dengan mengatakan bahawa tiada bukti penyakit ini boleh berjangkit sesama
manusia “Preliminary investigations conducted by the Chinese authorities have
found no clear evidence of human-to-human transmission of the novel
#coronavirus (2019-nCoV) identified in #Wuhan, #China” – WHO Twitter, 14 Januari
2020. Dan sesudah perkara ini diluar kawalan, barulah W.H.O. memberikan
rekomendasi untuk menghadkan perjalanan antarabangsa tetapi sudah terlambat. Pengajaran
dari ini tidak lain ialah sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Nabi
Muhammad SAW. Himpunlah manusia ini keseluruhannya dengan bijak pandai dan
pakar-pakarnya, semua itu tidak akan dapat menandingi satu petunjuk daripada
seorang Rasul yang dilantik oleh Allah Rabbul ‘Alamin. Jika saja kita bertindak
sesuai dengan anjuran baginda ini, COVID ini dapat dikekang sebatas Wuhan atau
wilayah China sahaja.
Semenjak
itu dunia telah di-lockdown. Beberapa negara mengambil langkah drastik dengan
menghentikan segala bentuk aktiviti yang dikira tidak penting. Sementara sebahagian
negara lebih ketat lagi dengan menegah pergerakan masyarakat dan perintah
berkurung. Negara kita juga tidak ketinggalan dalam membuat langkah-langkah bagi
menyekat penularan penyakit ini. Sekolah telah dicutikan lebih awal, rumah
makan dan restoran telah diarahkan untuk tidak menerima dine-in, dan masyarakat
secara amnya telah diperitahkan untuk duduk teranah di rumah. Semua usaha ini ialah
untuk mengelakkan penyebaran meluas virus ini dengan tujuan supaya ia tidak
melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan negara (not to overwhelm the national
healthcare system), yang telah menjadi slogan terkenal iaitu “Don’t Push It!”.
Alhamdulillah, berkat doa dan langkah-langkah ini, serta dengan sokongan semua
pihak, sepertinya kita telah berjaya flattening the curve dan sudah beberapa
lama tidak ada kes jangkitan baharu. Semua ini kita wajiblah mensyukurinya.
Tetapi kita
juga perlu ingat ‘kejayaan’ ini tidak datang percuma. Kita telah berbelanja duit
yang agak banyak. Dan mengambil kira penurunan produktiviti dan terhentinya
beberapa aktiviti perekonomian yang lain, jika dinilai dengan wang ringgit,
mungkin kita telah kerugian puluhan juta ringgit atau lebih lagi daripada itu.
Tidak kurang bagi mereka yang pendapatannya terputus akibat sekatan-sekatan
yang ada. Pemilik perniagaan yang menanggung hutang, sewa, gaji pekerja, dan
overheads yang lain akan terkena teruk jika situasi ini berterusan. Maka,
disinilah saya berpendapat bahawa adalah satu tindakan wajar untuk perbincangan
di peringkat tertinggi untuk melihat isu ini secara menyeluruh dan bukan di
satu sisi sahaja.
Maksudnya,
kita tentu saja mahu menang melawan COVID ini secepatnya, pada masa yang sama
kita tidak mahu ‘membunuh’ sektor-sektor lain dengan alasan ianya adalah ‘collateral
damage’ dalam usaha memerangi wabak ini. Jika situasi ini berterusan dengan
begitu lama, mungkin kita akan berhadapan dengan keadaan sosio-ekonomi yang sangat
terok yang mungkin saja di luar kemampuan untuk dipulihkan (beyond recovery).
Apa tidaknya, pertumbuhan ekonomi mungkin sahaja negatif, harga minyak global menurun,
pengangguran meningkat, produktivi merudum, bankrupsi mungkin melonjak naik, kemiskinan
bertambah, kemurungan dan kesihatan mental rakyat semakin memburuk, kesan
terhadap perancangan kita menuju wawasan juga akan terbantut, termasuk juga isu
mengenai persekolahan dan pendidikan. Lalu, sekiranya satu hari kita menang
menentang virus ini, dengan apakah kita akan meraikannya? Adakah dengan
timbunan masalah yang baru? Tiada kehidupan (no life) ataupun tiada penghidupan
(livelihood)? Justeru itu, pembikinan dasar-dasar haruslah juga mengambil kira
keberlangsungan ekonomi dan penghidupan kita masa ini dan masa akan datang dengan
tujuan supaya kita ini menang secara keseluruhan (overall) dan bukan cuma satu
sudut sahaja.
Setelah curve
ini dapat dirundukkan, dan dengan bertambahnya kapasiti healthcare negara, saya
berpendapat, sepatutnya satu-persatu restrictions ini diangkat sehingga kita
boleh kembali kepada norma kehidupan yang sebelum ini. Dan bagi mengelak
kes-kes jangkitan terbaru, apalah kiranya mereka yang telah disahkan positif
itu untuk dilanjutkan tempoh pengasingan dan ditempatkan di sebuah kediaman
yang lebih selesa dengan diberikan secukupnya kemudahan serta keperluan asasi. Manakala,
untuk mereka ini pulang ke pangkuan keluarga atau bercampur semula dengan
masyarakat amnya, mereka ini perlu untuk menunjukkan kesembuhan secara total,
ataupun sehingga ujian yang dijalankan itu adalah konsisten negatif dalam satu
tempoh yang difikirkan sesuai. Sebagai contoh, sekiranya 10 kali negatif
ataupun keputusan test berkenaan adalah konsisten dalam masa beberapa bulan, maka
ketika itu barulah mereka ini boleh di-discharge.
Sementara
itu, pihak Kesihatan pula bolehlah membuat ujian pengesanan virus ini secara rawak
(random sampling) bagi memastikan tidak ada kluster-kluster yang baharu. Dan
sekiranya ada, maka mudah bagi pihak kesihatan untuk meng-isolate dan
memitigasi penularan ini secara kumpulan kecil. Sementara, itu masyarakat yang
lain pula boleh meneruskan penghidupan seperti biasa. Wabak ini juga sebenarnya
telah membuka mata kita akan perkara yang fundamental terhadap ekonomi dan
kehidupan ini. Sepertinya soal food security dan self-sustainability,
manufacturing capability dan industri pembuatan, harus dilihat lebih serius
lagi setelah COVID ini berlalu bagi memastikan kita tidak hanya bergantung
kepada pihak luar kerana dalam masa krisis, semuanya sukar dan sulit didapatkan.
Saya juga menyokong penuh Kempen ‘Buy Local’ pihak MOFE. Inilah yang dari dulu
saya cuba sampaikan khususnya melalui posting saya hampir setahun yang lalu berjudul
“Terikat dengan ‘Perdagangan Bebas’?”.
Setelah
sekian lamanya arahan untuk stay at home ani dikuatkuasakan, mungkin sebahagian
besar dari kita sudah merasa bosan dan ingin untuk kembali kepada keadaan
sebelumnya. Ada yang rindu untuk solat berjamaah di masjid, kanak-kanak
kebanyakannya rindu akan sekolah dan kawan-kawan, ibu ayah ada yang teringin
membawa anak-anak bermain-main di luar, para guru juga sama, tidak dilupa para
pekerja dan usahawan yang juga tidak sabar hendak berusaha keras lagi. Tambahan
kepada itu, golongan yang terpaksa ‘direhatkan’ daripada bekerja juga teringin
sangat untuk kembali menjadi warga yang produktif untuk menyara diri dan
keluarga mereka.
Itulah
fitrah manusia, suka kepada bersosial dan berkumpul. Dan di atas tabiat manusia
inilah juga telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sebuah Hadith bahawa di
Syurga kelak akan ada hari-hari yang manusia akan berkumpul di sebuah Souq yang
disediakan Tuhan kepada penghuninya. Maka, kita faham kenapa manusia tidak suka
dikurung dan dikongkong. Tetapi ini juga bukan alasan untuk kita tidak patuh
kepada arahan pihak berkuasa, bahkan dalam hal ini, adalah menjadi kewajipan
secara syar’ie untuk taat kepada pemerintah setempat sebagai langkah menjaga
maslahat awam. Kepada frontliners dan para pekerja kesihatan, kita ucapkan setinggi
penghargaan. Mudah-mudahan sumbangan abiskita menyelamatkan nyawa itu menjadi
amal soleh yang akan dituai ganjarannya di akhirat nanti.
Wallahu ta’ala ‘alam.
No comments:
Post a Comment