KETENTUAN TUHAN
Saya suka untuk berkongsi satu
cerita yang membuat hati saya senang. Ceritanya bermula pada tahun lepas, bulan
Mac 2022. Pada salah satu hari Ahad, saya ada menerima satu whatsapp daripada
kawan baik saya, meminta pertolongan untuk menggunakan kereta Pajero saya
membawa parts kereta projeknya yang agak besar ke rumah kawan sekerjanya di mana
kereta itu berada. Ianya hari cuti dan saya tiada ada kesibukan apa-apa, maka
saya pun memenuhi permintaannya itu.
Tiba di rumah kawannya itu, dan
setelah menghantar barang yang dimaksudkan itu, kami berborak sedikit sebelum
pamitan pulang. Dalam perjalan pulang, saya bertanya kepada kawan saya ini mengenai
dengan kawannya tadi. Apakah dia sudah kahwin? Jika belum apakah dia sudah
berteman? Berapa umur dan sebagainya? Maka dijawap bahawa dia itu pernah
berumah tangga, tetapi jodohnya tidak panjang dan masa ketika itu dia belum
lagi ada tanda-tanda mahu mencari pasangan hidup baharu. Saya menerangkan
kepada kawan saya, pertanyaan ini adalah cuma ingin mengetahui samada temannya
itu available dan bersedia memulakan hidup berumah tangga yang baru. Ini kerana,
saya ada mempunyai seorang kawan perempuan dan sangat baik orangnya yang
mungkin saya boleh kenalkan. Ketika itu, kami menganggapnya hanya seperti
gurauan dan candaan sahaja. Hehe.
Selang beberapa hari, kawan saya
ini menghantar satu mesej kepada saya bertanya mengenai sosok yang saya
maksudkan tempoh hari dan meminta sekiranya gambar untuk dilihatkan kepada
kawannya. Setelah melihat gambar, si lelaki pun bersetuju tapi bersyarat “hanya
untuk kenal-kenal sahaja dulu”. Tiada lebih tiada kurang. Saya pun memaklumkan
kepada kawan perempuan saya sekiranya dia bersetuju untuk saya berikan nombor
teleponnya kepada seorang lelaki, kawan kepada kawan baik saya. Dia bersetuju
dan macam ada jual mahal sikitlah, “kenal-kenalan lah dulu kunun”.
Saya tidak ambil campur apa
terjadi selepas perkenalan itu, tapi pada satu hari saya diberitahu, mereka
sedang “ta’arufan” dan mengenali hati budi masing-masing. Dan selang beberapa
bulan, saya dikejutkan dengan berita mereka sudah tunangan. Dan Alhamdulillah,
pada hari Isnin kelemarin, 23-1-23, mereka telah selamat diijabkabulkan dalam
satu majlis perkahwinan. Hehe. Pengantin lelaki sempat mengucapkan terima kasih
kepada saya, katanya “makasih datang bro, makasih jua mengenalkan” hehe.
Sama-sama kasih~
Saya renung panjang perjalanan cerita ini dan sangat takjub dengan persoalan jodoh dan ketentuan Tuhan akan untung nasib hamba-hambaNya. Satunya, perkenalan saya dengan kawan saya (Abdul Mobin) di Maktab Duli pada tahun 2005 dulu itu rupanya ada sesuatu disebaliknya. Kemudian yang perempuan pula adalah kawan satu kelas semasa di UNISSA pada tahun 2007 dahulu. Perkenalan ini rupa-rupanya, akan ada signifikannya belasan tahun akan datang dan bukannya satu yang sia-sia. Probability untuk perkahwinan dan jodoh ini terjadi – dengan jalan cerita sebegini – kalau ikut lojik akal barangkali sangat tidak mungkin. Tapi itulah takdir Allah. Introduction of characters ke dalam hidup kita ini tidak kita ketahui apa hikmah di sebaliknya. Lambat atau cepat, kalau sudah Allah tetapkan, ianya pasti akan terjadi jua. Dan barangkali, small gestures seperti bertanya, ingau dan peduli, inquisitive, dan usaha untuk mengenalkan itu adalah besar maknanya kepada orang lain. Sebahagian mungkin malu atau tidak berani membuat 1st move dan sangat berhajat kepada “push” daripada orang lain.
Tidak lupa saya ucapkan Selamat
Pengantin Baru buat Hajah Khadijah dan suaminya Bro Azraie. Semoga bahagia
hingga ke anak cucu. Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a
bainakuma fi khair. Amin.
No comments:
Post a Comment