7.9.19

BEKIRA ATAU BEKIRA-KIRA?

Seingat saya, dari dulu lagi saya diajar untuk tidak luan bekira. Baik di rumah, di sekolah, di tempat kerja, nda bekira dalam bekawan-kawan, beperadian ataupun bekeluarga. Saya berpegang teguh jua pada prinsip atu selama ani. Satu prinsip yang baik bagi menjamin keharmonian dan kemaslahatan yang lebih besar. Juga bagi mengikis sikap pentingkan diri sendiri dan individualistik. Tapi lama-dilama dan semenjak dua menjak ani, terasa seperti prinsip ani, jika diamalkan secara keterlaluan pun adalah kurang baik dan ada kalanya memakan diri sendiri.

Saya membagi contoh, misalnya dalam satu kumpulan manusia yang tinggal sekampung, atau semukim, ataupun dalam satu pejabat dan rumah. Sebagai satu kumpulan jelama, jika prinsip ‘nda bekira’ ataupun ‘saling menyumbang’ ani diterapkan, maka kebaikannya akan dirasakan oleh semua ahli. Tapi macamana caranya supaya ketani dapat berlaku adil dalam ketani meminta dan membagi sumbangan-sumbangan atu? Supaya nada orang terasa berlaku ‘kecurangan’ dalam pembahagian dan kutipan?

Sebahagian kita memang dalam banyak hal, tidak berkira dengan orang lain. Lebih-lebih lagi jika yang dimaksudkan itu ialah kaum keluarga, peradian, saudara mara dekat, kawan-kawan rapat. Tapi satu masa, kita juga perlua untuk membuat kira-kira akan kemampuan diri sendiri dan juga kemampuan orang yang berada di sekeliling kita. Adakah adil jika sumbangan atu dibuat secara pukul rata, tanpa kita mengambil tahu soal kemampuan dan kesanggupan? Misal, seorang yang belum bekerja dan yang sudah bekerja, wajarkah diambil satu sumbangan yang sama? Atau orang yang berpendapatan kecil dibanding dengan yang bergaji ribu-ribu, adakah adil sekiranya dikenakan satu bayaran ‘flat rate’? ataupun yang berlebih-lebih dalam menggunakan ‘kemudahan-kemudahan’ atu yang lebih utama mengeluarkan yang lebih?

Saya memerhatikan, ada sebahagian manusia ani, pada zahirnya adalah sanang dan beusin. Manakan tidak beusin, kerita mewah 2-3 biji. Makan angin beberapa kali dalam setahun. Barang-barang semua mau branded. Majlis kawinnya macam artis, nikah di hotel, besanding di ICC. Makan kadai selalu. Ada yang belum mempunyai tanggungan anak atau pun baru seorang. Ada yang laki bini bekeraja dan berjawatan besar. Ada jua yang barang jualannya laku luar biasa. Mubail apa ani pantang ada yang baru, dialah dulu yang tedapat. Anak-anaknya nanti, planningnya kan dihantar di sekolah bebayar. Yang bini-bininya, beeksin ani nda dapat kurang, lebih melazimi ke salon daripada ke dapur atau ke masjid.

Berbanding dengan sebahagian kita, yang sudah mempunyai isteri dan tanggugan anak-anak yang ramai. Pencari nafkah cuma seorang. Setiap bulan membilang-bilang duit, cemana kan mencukupkan sehingga terima gaji berikutnya. Kita juga bekira-kira, jika ada ketaisan liur, kan tedapat mubail baru, baju baru, naindah-naindah macam urang lain, sekiranya dapat ditahan, ditahan tah dulu. Kerita yang dipakai pun yang sudah tua dan usang. Telipon alum rusak, alum diganti. Hanya mampu mengantar anak ke skulah kerajaan, yang yurannya cuma beberapa riggit setahun. Adakah adil dan wajar, orang-orang seperti ani, untuk dikenakan kadar yang sama dengan ‘jutawan-jutawan’ di atas?

Tapi yang pelik dan ajaibnya, yang nampak beusin dan sanang atu selalu saja mengomplen susah. Hutang keliling pinggang. Sehingga terdengar kurapak bisidia “kami ani walaupun laki bini pegawai, nda jua teluahi tu” atau “nda ku membari dulu ah, kan membali barang itu dan ini”. Diurang ani jua selalu mengomplen kalau barang-barang di kadai naik harga sepusin dua, mungkin menyangka mikin sampit tia nanti belanja. Alum lagi soal pembari dan belanja, macam nda lagi ada. Mungkin anilah akibatnya jika ‘kemampuan berfikir’ ditarik balik oleh Tuhan.

Sekian coretan di pagi ini untuk renungan.

03-04-2018

No comments: