7.9.19

DEMI MASA

Saya ada melihat satu pos video dan gambar melalui salah seorang kawan FB, tentang bagaimana ketani ani nda perlu untuk gagas dan berlumba-lumba di dalam hidup ani. Katanya kalau umur 20an masih alum abis belajar, ok tu nya. Kalau umur 30 masih alum kawin, santai saja dulu. Kalau umur 40 masih alum tedapat rumah, nda papa. Jangan tah gagas, masing-masing urang dengan masanya.

Sekali imbas, macam ada kebenaran jua dalam kenyataan atu. Tapi bila saya memikirkan dengan lebih mendalam, cara fikir miani ani bulih jadi bahaya jua kepada ketani. Apa yang ketani cuba tanamkan ke dalam diri anak-anak ketani? Adakah ok sekiranya durang tuha bangka masih lagi mengharap pembarian indung? Adakah ketani mau melahirkan generasi ‘anak-anak’ tuha yang nda tau menyara diri sendiri? Atau adakah ketani kan mencorak satu generasi manusia yang tiada tujuan hidup, tiada berwawasan, dan hanya ‘go with the flow’?

Bila dilihat disekeliling kita, didapati sudah ada ni orang-orang yang macam ani. Umur sudah masuk 30, nda bekeraja, nda ada usaha niaga, segala-galanya berharap arah indung yang sudah lanjut usia, sigup acung-acung di mulut, mungkin merasakan suatu hari nanti nasibnya akan berubah 360 darjah? Betul, tiada siapa tahu nasib kita di masa akan datang. Tapi percayalah, usaha kita hari ini adalah penentu nasib kita kelak.

Semakin ramai jua saya perhatikan, lelaki dan wanita yang bisai paras rupa, baik keperibadiannya, mampu secara kewangannya, tetapi sudah lanjut usianya, masih tidak bernikah lagi. Sehingga ada yang sudah ‘nda berselera’ lagi kan kawin, atau sudah limpas masa yang baik untuk mendapat zuriat, dan juga sudah mencapai umur yang nda lagi sesuai untuk beranak damit. Sebahagian besar durang ani adalah dari golongan terpelajar dan bijak pandai. Ada master, ada jawatan besar, ada yang ahli akademik, urang-urang ugama dan selainnya. Sungguh, jika fenomena ani meluas, apa akan jadi kepada survival dan keberlangsungan bangsa kita. Sangat sayang jika unsur genetik yang bagus-bagus ani nda diwarisi.

Di dalam ugama sendiri, kita disuruh untuk berlumba-lumba di dalam kebaikan. Membuang masa adalah dilarang. Sehingga Allah ta’ala bersumpah: “Demi Masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan saling menasihati di dalam kebenaran, dan menasihati di dalam kesabaran”.

Kata-kata di atas atu, kalau dalam konteks untuk nda berputus asa, dan untuk terus berusaha adalah bagus. Memang benar, nda semua yang ketani rancang atu, ketani kan dapat semuanya. Kadang kala ada halangan dan keadaan yang di luar kawalan kita. Tapi secara dasarnya, kita hidup ini mesti ada tujuan dan matlamat. Dan matlamat atu mesti mengambil kira umur dan masa yang sangat terhad.

Maka dibagilah contoh-contoh orang-orang yang berjaya masa tuhanya. Seperti Jack Ma yang mengasaskan Alibaba pada umur 35, jutawan itu bermula pada umur setangah abad, dan sebagainya. Tapi kalau kita lihat sejarah perjalan bisdurang ani, durang sudah mula berusaha lebih awal dalam hidup, tapi banyak penghalang-penghalang yang terpaksa ditempuhi. Dan hanya setelah beberapa kali gagal, barutah diurang berjaya. Ini adalah sama sekali berbeza dengan seseorang yang nda berbuat apa-apa, lalu mengharap ‘pada suatu hari nanti’ semuanya akan berubah. Kita juga beriman dengan qadha dan qadar Allah, rezeki, jodoh dan ajal maut adalah ditangan-Nya jua, tetapi Allah juga membagi Manusia kebebasan untuk memilih, mencari dan juga untuk berterusan meminta kepada-Nya.

Wallahu Ta’ala ‘alam.

31-03-2018

No comments: