BUNGA TALOR
Saya berpendapat, kitani ani, dalam beberapa hal, ada kalanya tersalah fokus dan tersalah dalam memberikan penekanan atau emphasis. Benda utama dijadikan sampingan, dan benda-benda sampingan telah menjadi utama. Saya perhatikan, kita juga lebih suka kepada benda yang berbentuk ceremonial, sambutan dan “keupacaraan” berbanding dengan mengenal pasti initipati disebalik sesuatu perkara itu atau matlamat dan tujuan kehadapan yang lebih besar.
Di hujung bulan Ramadan yang lalu, saya menyertai Majlis Khatam Al-Quran Kementerian-Kementerian Kerajaan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. Alhamdulilllah, penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para penjawat awam, ruang utama masjid dipenuhi dengan para peserta “Khatam”. Dengan jumlah yang ramai itu, saya menyangka akan “bergegarlah” masjid ini dengan bacaan Al-Quran dan kami semua akan berjaya mengkhatamkannya secara kolektif atau berjemaah. Tapi sangkaan ini meleset dan masjid yang sepatutnya bergema dengan bacaan Al-Quran oleh peserta, dengan maqra-maqra yang telah ditentukan, telah menjadi sunyi, hanya kedengaran beberapa kerat manusia saja yang membaca.
Tapi menariknya, semasa bacaan takhtim, semua orang menjadi semangat. Penuh satu masjid bersahut-sahutan, mungkin gembira kerana telah “khatam” membaca kitab suci. Tapi yang paling menarik perhatian saya ialah semasa dikir marhaban dilagukan, dan sambil-sambil itu kuntuman bunga talor diagih-agihkan. Saya melihat orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkan kuntuman bunga talor atau bunga coklat yang paling lawa. AJK-AJK pun nampak sibuk membagi-bagikan, dan bertanya-tanya kalau ada siapa-siapa yang alum ampit. Saya menjadi hairan, apakah ini Majlis Khatam Al-Quran atau majlis peragaan bunga talor? Seolah-olah, yang lebih banyak dapat dan lebih lawa bunga talornya, maka dialah yang lebih “khatam”. Kenapakah orang-orang lebih excited mendapat bunga talor daripada membaca Al-Quran yang Tuhan janjikan dengan anugeraha yang jauh lebih besar? Itulah yang saya maksudkan dengan pendapat saya di atas. Kita mendahulukan perkara sampingan, dan menepikan perkara yang teramat penting.
Tidak habis di sana, saya juga perasan, dalam hal-hal lain pun kita akan dapati perkara sama. Dalam hal perkahwinan umpamanya, kita akan berabis dalam menjayakan “majlis” perkahwinan daripada kita berusaha dalam mempersiapkan bakal pengantin untuk menempuhi alam berumah tangga yang penuh cabaran. Kita kurang menitikberatkan soal kemampuan kewangan pengantin setelah berumah tangga, bahkan disuruh beutang dan meloan semata-mata untuk menjayakan majlis-majlis dan adat istiadat perkahwinan yang lain. Tiadalah salahnya beracara atau bermajlis yang sesuai kemampuan, tetapi lebih penting daripada itu ialah hari-hari kedepan setelah kawin. Banyak kita dapati, pasangan yang kahwinya grand, antiknya mahal, ceteringnya 1st class, tapi adakah mereka ini yang paling bahagia hidup berumah tangga? Ada yang nda pandai hidup serumah dengan orang, nda pandai membawai diri dengan keluarga pasangan, bahkan sampai terjadi perkelahian dengan mertua dan paiparan.
Dalam majlis atau sambutan hari jadi pun sama. Saban tahun ketani menyambut tanggal ulangtahun kita, seolah-olah kita berjaya sampai ketahap itu dengan usaha kita sendiri. Tidak kita sedar, bahawa orang lainlah yang telah banyak menabur jasa semenjak kita dilahirkan dulu. Tidakkah kita terfikir, apakah makna disebalik sambutan hari jadi itu? Apakah yang telah terjadi sekian-sekian tahun dulu itu? Waktu kecil, kita diasuh dan dibela oleh orang tua, sesudah itu kita diajar oleh guru-guru, dan sepanjang usia kita, kita dikelilingi oleh orang-orang lain, maka apakah “usaha” kita sehingga kita menyambut hari jadi, dan diberikan pula hadiah? Bukankah sepatutnya kita berterima kasih dan memberikan hadiah kepada orang-orang yang telah berjasa?
Serupa dengan anniversary perkahwinan, adakah kita yang telah bersusah payah mengawinkan diri sendiri? Atau ada pihak yang telah tidak bertidur malam, memikirkan antik dan campur? Atau perindungan yang telah kehulu kehilir mengantar kad jemputan dengan harapan ramai nanti yang datang di majlis kita? Ataukah peradian, patuan, dan puskali, yang menjadi AJK dalam semua acara? Habis atu, kenapa pula kita laki bini saja yang menyambut ulang tahun perkahwinan dengan hadiah-hadiah dan makan di kedai mewah? Kenapa tidak disambut mereka-meraka yang telah merusahkan majlis kita dulu.
“Sambutan-sambutan” hari kebesaran Islam pun sama, tahun-tahun kita adakan. Tapi adakah pemahaman dan amalan berugama kita semakin meningkat? Kita seperti terlepas pandang essence kepada hari-hari kebesaran ini, apakah pengajaran dan intipatinya untuk kita amalkan sepanjang tahun, bukan hanya pada hari atau suasana tertentu. Kita juga lebih mengutamakan amalan-amalan tradisi, pantang kita kalau ada orang cuba mempersoalkannya. Akan dilabel bermacam-macam. Tetapi kita boleh terima sekiranya ada sebahagian besar orang yang tidak mengerjakan solat fardhu dengan alasan “andangnya tu”, “taun-taun sudah”, “kubur masing-masing” dan “lapas tanggungjawab ketani sudah”. Dalam soal halal haram, Alhamdulillah, kita sangat menjaga. Takut ketani temakan najis dan yang haram, abis macam ketani ragui, tapi pada masa yang sama, kitani ‘chill’ saja beurusan dengan riba. Sedangkan Al-Quran mengisyhtiharkan perang kepada mereka yang terlibat dengan riba.
Banyak lagi contoh-contoh yang saya dapati, terlalu banyak untuk ditulis. Tapi poin yang saja cuba sampaikan ialah untuk kita selalu mereview setiap tindak tanduk kita, yang utama kita utamakan, dan yang sampingan itu, jika boleh tiada salahnya dilakukan. Kita juga perlu untuk melihat sesuatu perkara itu dalam konteks yang betul dan bukan hanya di permukaan sahaja. Saya suka kepada satu kata-kata yang saya dengar masa sekolah dulu “biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa”.
Wallahu ta’ala a’lam.
12-07-2018
No comments:
Post a Comment