Mendengar tangis anak-anak kecil di hospital ini, mengingatkan saya kepada satu hakikat bahawa kita ini tidaklah sehebat mana. Masa kecilnya kita ini sangat lemah dan sangat bergantung kepada indung atau penjaga. Sakit damam, jak rasa, tangis dan kiak kaung kita ditahan dengan sabar dan kasih sayang.
Maka, siapakah kita untuk sombong? Konon generasi kita lebih berilmu? lebih berpendidikan? berbangga menjadi millinial yang hebat dengan teknologi? Tanpa sedar, makan minum kita dulunya orang yang tolong suapkan, hatta najis kita pun orang yang bersihkan.
Sebagai indung, melihat anak yang sedang sakit, kalau boleh biarlah kita saja yang menanggungnya. Tangan dicucuk jarum, hidung masuk hos, ubat dipaksakan makan lalu menjadikan anak-anak meronta kesakitan. Semua itu membuatkan hati luluh, tapi kita tau itu untuk kebaikan mereka jua.
Episod sakit damam ani jua adalah peringatan akan beharganya nikmat kesihatan. Kita juga beriman bahawa semua ini adalah ujian dari Allah, untuk menguji kesabaran, kebergantungan dan tawakkal hanya kepada-Nya. Kita juga yakin, dugaan seumpama ini adalah kifarah untuk mengurang-mengurangi catatan dosa dan untuk menambah kantong pahala.
"Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya". (HR. Muslim)
Acute Paediatric Unit, Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Ripas. @5.30 am. 6 September 2018.
No comments:
Post a Comment