14.10.19

Banyak yang inda puas hati pasal orang luar or expats kana bagi banyak kelebihan berbanding orang tempatan. Kana ucap inda adil, barat sebalah, inda membantu bangsa sendiri dan macam-macam lagi. But have we thought how ironic this claim is?
i see it differently, kalau banar gaji orang tempatan ani memang murah, semua majikan sepatutnya akan berabut n berabis menggaji orang Brunei. tapi kenapa durang sanggup berbelanja labih sedikit menggaji orang luar? kalau untuk profit-maximization memang nda lojik. So instead of focusing on the 'pay gap', maybe it is the 'perceived productivity gap' that is taken into account. They rather pay extra and be sure they will get better services by orang luar.
Kedua, barangkali jua kalau urang luar ani sanang bisdia kana pecat kalau inda perform. While urang tempatan will make a huge fuss if terminated due to under performing. Plus, sanang sedikit ketani kan memarahi orang luar daripada marahi dangsanak sendiri. Hatta di pejabat, cubatah ada pegawai baru kan menagur keulahan orang bawah yang lebih beumur, kana bawa bekelaie tia pulang. Pastu heran kenapa majikan inda suka meng-hire locals.
Ketiga, mungkin jua bagi sebahagian majikan, urang luar ani boleh membagi 100% tumpuan arah keraja. Diorang inda gagau dengan acara-acara sampingan. Orang ketani kebilangan dengan banyak majlis keluarga. Bulan-bulan akan ada saudara mara kawin - mesti tah datang tu bebadak, nikah, besanding, malam jaga-jaga etc, besuka duka sepanjang taun, mengambil anak sekulah, membawa bini ke klinik dan sebagainya. Alasan yang inda munasabah dan cali pun ada ni arah urang kerajaan, pagi-pagi hari terima minta excuse kan ke bank - nuh... pukul 10 baru masuk ofis, ada yang ke post ofis dulu sebelum ke pejabat mengambil barang yang diudarnya dari zalora sudah sampai, ada yang keluar ofis ganya kan menapau kupi gloria jeans almost everyday, pernah kedangaran alasannya keluar kan membawa kucingnya perjanjian. Macam inda ada jumat minggu atau waktu lain. Kalau ikut peraturan, labih 3 jam keluar pejabat atas urusan peribadi, dimestikan mengambil cuti untuk hari berkenaan.
As i said before and I will say it again, ketani kalah dalam persaingan and no one is to be blamed but ourselves. Yang kononnya pejuang anak bangsa ani bah, ia jua kadangnya nda membari mua arah orang sendiri. Renovate rumah - india, putong rumput - bangladesh, bali kain - orang asing, membali naindah - kadai cina, bercuti - luar negeri, ambil pembantu - indonesia/pilipin.
Allah berfirman "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali mereka mengubahnya dengan sendiri" (Ar-Ra'd:11)
Inilah jua yang kita dengar pernah diulas oleh Pendita Zaaba di dalam bukunya 'Perangai bergantung pada diri sendiri' akan tahap kemalasan orang-orang melayu. Kata Zaaba malasnya melayu ini hatta dalam beramal sekalipun kita sangat malas, hanya berharap sedekah Alfatihah dan QulhuAllah daripada orang lain selepas kita mati dan bukannya berusaha beramal ibadat semasa hidup.

No comments: