EQUAL OPPORTUNITY VS EQUAL OUTCOME
Kelmarin saya menghadiri taklimat
bagi sesi orientasi kemasukan murid-murid baru untuk tahun 2020 bagi anak kedua
saya. Ramai anak-anak yang sudah sampai umur wajib persekolahan datang bersama
ibu bapa masing-masing untuk mendengarkan penerangan daripada pihak sekolah.
Beberapa perkara telah ditaklimatkan seperti jadual orientasi, peraturan
sekolah, yuran dan bayaran dan sebagainya. Ketika taklimat tersebut, saya
memerhati kiri dan kanan, melihat gelagat anak-anak dan juga ibu bapa yang ada.
Sekali sekala fikiran saya merayau mengenang masa saya mula-mula bersekolah
dulu, episode saya belajar, membesar, menjadi matang, dan beralih ke peringkat
remaja, dewasa sehingga sekarang.
Benda ini mengingatkan saya akan
satu hakikat bahawa masa akan terus berjalan, yang kecil dan belum tahu apa-apa
ini akan beransur dewasa, yang tua satu persatu akan meninggalkan kita, dan
generasi baru pula akan menggantikan yang ada ini. Tugas kita sebagai generasi
sekarang ini ialah untuk membimbing, mendidik, imparting knowledge and wisdom, supaya generasi penerus ini akan
menjadi lebih baik daripada kita, Melihat kepada kanak-kanak yang baru saja
memulakan langkah pertama kepada tempoh pembelajaran yang sangat panjang ini,
kita tahu kesudahan mereka nanti sangatlah berbeza-beza.
Dari pengalaman kita sendiri,
bagaimana kawan-kawan kita semasa kecil itu mempunyai jalan cerita yang
tersendiri dan kesudahan yang lain daripada kita. Teman sekolah, seasrama,
sekelas, sepermainan dulu itu ada sebahagiannya lebih berjaya daripada kita,
sementara sebahagian lain sedikit terkebelakang dan ada yang tercicir. Lalu
saya memirkan, anak-anak yang baru saja bermula ini, kesemua mereka mempunyai
peluang yang sama (equal opportunity) untuk menjadi berjaya atau sebaliknya. Dan
mereka ini akan menempuh jalan yang lebih kurang sama pada permulaan ini, akan
tetapi akan berhadapan dengan persimpangan-persimpangan yang mereka terpaksa
membuat pilihan. Setiap pilihan ini pula akan membukan jalan lain dan
persimpangan yang lebih banyak lagi yang akhirnya hampir setiap daripada mereka
ini akan menuju ke satu destinasi yang berbeza - samada baik ataupun tidak.
Saya terkenang beberapa kawan-kawan
seasrama dan sesekolah dahulu, ada yang sangat berjaya menjadi Doktor dan mempunyai
PHD, sebahagian bergaji besar, berjawatan tinggi, ada status di dalam
masyarakat, jadi usahawan berjaya, sementara yang lain ada yang kecundang, ada
yang masuk penjara, menjadi penjenayah, jatuh miskin, bankrap dan berbagai
kesusahan lain. Semua itu setentunya adalah kerana pilihan yang mereka buat
dulu - ketika mereka berhadapan dengan pilihan untuk memilih jalan yang lurus
atau sebaliknya. Sudah tentu, outcome
kehidupan ini kebanyakannya adalah tergantung kepada pilihan diri sendiri.
Pernah dulu ada seorang kawan sekolah
berkata “kamu pegawai bergaji basar bulihlah… kami apa jua”. Saya mengambil
kata-kata ini sebagai satu penghinaan seolah-olah orang menjadi pegawai atau
bergaji lebih sedikit daripada mereka ini kana bari percuma? datang bergolek
atau kana hantati? dan bukannya dengan usaha gigih juga kerja keras? Ingatkah
mereka dahulu, ketika kita sibuk belajar, mereka bermain-main? Masa kita
menelaah pelajaran, mengikuti kelas tambahan, mereka-mereka ini sibuk melepak,
bejaur, dan sebilangan kecil sibuk kan nafsu nafsi, ada yang kerajanya basigup
dan peminum, sehingga pernah ada kawan balik ke asrama subuh-subuh dalam
keadaan mabuk! Lalu ketika orang sedikit berjaya daripada mereka dikatakan “kamu
bulihlahh…”
Masa taklimat kemarin atu jua,
saya memerhati ibu bapa yang ada. Ada yang memberi perhatian, ada yang bermain
game telipon, ada juga yang tertidur. Saya berfikir, perjalanan anak-anak ini
bukan sahaja satu kompetisi sesama mereka, tetapi juga adalah satu persaingan
di antara indung-indung ini. Tidak dapat kita nafikan, peran ibu bapa adalah
sangat besar dalam membina keperibadian anak-anak. Kecuaian ibu bapa pada masa
ini, akan menyebabkan kegagalan anak-anak di masa akan datang. Alhamdulillah, saya
amatlah beruntung kerana direzkikan dengan ibu bapa yang sangat pemedulian. Apa
yang kami adi beradi capai masa ani tidak lain adalah kejayaan ibu bapa kami,
yang telah banyak berkorban. Berkoban wang ringgit, masa, tenaga, perasaan,
kasih sayang untuk memastikan kami mendapat yang terbaik. Teringat saya
dulu-dulu, kalau kan membali mainan selalu saja ditolak dengan alasan ‘nda
membari kanyang tu’. (Well, now terlebih kenyang pulang ah.. hehe). Tapi bila
saja kan minta balikan apa-apa untuk pelajaran, pasti ditunaikan. Mau laptop
harga $2000 untuk buat assignment? siap! McBook anu $3000? kana dulur. Buku
pelajaran tabal-tabal, layan. Maka, bagi ibu bapa seperti ini, sekiranya juga ada
anak tidak kenangkan budi, tidak taukan asal usul, tidak ada perasaan hormat
dan taat, ianya tidak lain adalah kedurhakaan dan keterlaluan. Dulu melihat
kawan-kawan, kazen-kazen yang ada indungnya sporting atu, ada rasa dengki
sedikit. Kan beranti sekulah, silakan! Kan besigup, biar tia! Beulah-ulah, nda
kana larang! Bebas untuk berbuat apa saja. Kita pula, sering dimarah, ‘diacut’,
kana maraki mata, kana pukul. Tetapi melihat kembali kepada pendisiplinan ini,
kita baru sedar semua itu telah mencorak kita menjadi lebih baik.
Bagi saya, kita di negara ini
adalah beruntung kerana semua orang mempunyai peluang yang hampir sama. Akses
kepada pendidikan percuma, perubatan dan penjagaan kesihatan, makanan asas yang
disubsidi oleh pihak Kerajaan, juga soal keamanan. Sudah tentu ada orang yang
lahir dalam keluarga kaya raya yang ada sedikit kelebihan atau privilege
berbanding kebanyakan kita. Pernah saya melihat satu video pasal orang
mempertikaikan soal equal outcome ini, kononnya ada orang lahir di atas dulang
emas, manakan sama dengan orang lahir miskin. Lalu divisualkan dengan satu
perlumbaan balapan. Ada yang disuruh mula dari garis 0 meter, ada yang bermula
dari garisan 50m, 100m dan yang lain lebih kehadapan lagi. Lalu disuruh mereka
ini berlumba ke garisan penamat. Inilah katanya bentuk ‘ketidakadilan sosial’.
Ada orang yang tidak perlu bersusah payah, sementara yang lain bermati-matian.
Saya melihat dari sudut lain sedikit. Selagi mana mereka semua itu berlari atau
berjalan, sudah pasti akan sampai ketempat tujuan itu walaupun dalam masa yang
berbeza. Yang hadapan itu sekiranya lambat, berhenti lama, atau pun mempunyai
masalah lain, pasti akan dipotong.
Wallahu ta’ala ‘alam.
No comments:
Post a Comment