KITA INI BANGSA MERDEKA
Kalau melihat kepada sejarah
manusia, kita akan dapati bahawa sepanjang keberadaan manusia di muka bumi ini,
antara benda utama yang diperjuangkan ialah soal keadilan dan kebebasan. Di
mana saja keadilan dan kebebasan ini disekat, di situ akan ada kebangkitan dan
revolusi sehingga tertegaknya dua perkara ini. Manusia berjuang mempertaruhkan
harta dan juga nyawa, biarpun mereka tidak merasa kemenangan, asal saja anak
keturunan mereka dapat menikmati hasil perjuangan itu. Nilai kedaulatan bangsa
dan negara ini juga adalah sesuatu yang mulia atau suci (sacred) sehinggakan ia
tidak boleh diambil ringan dan dipermainkan.
Sistem perhambaan telah dihapuskan
kerana ia bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat yang tidak suka kepada
penindasan, pemerintahan kuku besi, dan kawalan yang berlebihan. Sebab itulah
juga mungkin penafian kepada hak kebebasan, seperti pemenjaraan atau pemulauan,
adalah merupakan satu bentuk hukuman yang biasa diberikan bagi bermacam bentuk
kesalahan. Oleh itu, kita amat memahami naluri manusia ini yang tidak sudi
untuk diperhamba walaupun nyawa jadi taruhan. Sebab itu ada satu kalimat yang
terkenal mengenai kebebasan ini oleh seorang Ahli Politik USA dahulu “give me
liberty or give me death”.
Sepanjang sejarah ketamadunan Islam
pun, ugama ini telah banyak membebaskan manusia daripada belenggu penindasan
dan kesyirikan, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, daripada
perhambaan sesama manusia kepada pengabdian kepada Tuhan yang Esa, daripada
kehinaan kasta dan keturunan kepada hak dan kemulian yang sama, daripada kongkongan
adat kepercayaan karut kepada kemurniaan akidah tauhid, serta daripada
kezaliman penguasa kepada keadilan Syariat Tuhan. Sebab itulah mungkin
penerimaan terhadap agama Rahmatan Lil ‘Alamin ini sangat mudah dan telah
menyebar pula ke seluruh penjuru dunia.
Dan di sepanjang masa inilah juga,
akan ada sahaja cobaan-cobaan untuk menghadkan kebebasan ini dengan
berbagai-bagai cara, untuk bermacam-macam tujuan. Secara diam-diam, kita tahu
akan kewujudan kumpulan-kumpulan rahsia (secret societies) yang terdiri
daripada orang-orang yang berkuasa. Setelah sistem perhambaan ini dihapuskan,
dan penjajahan fizikal juga sudah tidak dibenarkan, maka mereka-mereka ini
mencuba untuk mendominasi dunia melalui berbagai cara dan kaedah, baik secara
halus seperti brainwashing, menanam ideologi menyimpang, meng-hijack sistem
pendidikan, juga melalui kaedah divide and conquer, fear mongering, perhambaan menggunakan
sistem perbankan dan kewangan, dan memonopoli apa jua yang dianggap mainstream,
baik akademik, bidang ilmu dan sains, teknologi, hiburan dan media, dan sebagainya
lagi. Benda ini nampkanya sangat berjaya, kerana mudahnya manusia ini untuk
dibohongi dan kurangnya minda yang suka mempersoal (inquring minds) di kalangan
kita pada masa ini. Apa jua yang dihidangkan, asal namanya dari autoriti atau
orang-orang di atas, maka kita terima bulat-bulat. Dan sebahagian orang
seakan-akan mengimani perkara ini lebih dari sewajarnya dan siapa yang tidak
mengikuti jalan mainstream ini akan ditohmah dan disisih. Apakah fakulti
berfikir kita telah ditutup? Dan macam betullah apa yang dikatakan oleh bro
dari Belait atu “we are like a sheeple”.
Mengambil latar ini, dan melihat
kepada situasi semasa, di mana pergerakan kita tersangat dikawal sehingga benda
yang dahulunya normal dan biasa, sekarang ini boleh sahaja menjadi satu
kesalahan di sisi undang-undang. Ada yang telah dilokap kerana bercakap sesuatu
yang dianggap boleh mengundang kekacauan masyarakat, walaupun hakikatnya inda
ada siapa yang mengambil serious orang berkenaan. Dia bukanlah public figure
ataupun powerful influencer. Ini sangat membimbangkan kerana ketani inda tau mana
garisannya di antara ruang kebebasan untuk menyatakan pandangan dan apa yang boleh
dianggap sebagai hasutan yang menyalahi undang-undang. Jika itu boleh terjadi
kepadanya, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Dan semua ini dibuat di atas nama
‘maslahah’ atau ‘public health’ tanpa ada sukat-sukat atau pertimbangan yang rasional.
Saya bercakap dalam konteks dunia keseluruhannya dan bukan mengenai negara kita
sahaja. Sudah tentu kita mesti berwaspada dalam tindak tanduk seharian, tapi
apakah yang mendasarinya. Adakah boleh dijustifikasi dari segi fakta dan
statistiknya? Kemudian dari sudut cost dan benefitnya? Berapa nyawa yang cuba
kita selamatkan, dan berapakah harga yang harus kita tanggung? Mungkin mencecah
ratusan billion atau trillion dollar dari segi kerugian dan merosotnya
produktiviti global? Adakah kadar kematian yang beberapa % ini menjustifikasi
kita untuk melockdown hampir keseluruhan dunia ini? Adakah secara overall-nya,
well-being manusia sepanjang lock down ini lebih baik dari sebelum ini? Adakah kematian
disebabkan COVID ini melebihi kematian oleh punca lain? Jika tidak, mana reaksi
yang sama? Dan kenapakah COVID ini diselubungi begitu banyak konspirasi? Kenapa
pulahan negara besar-besar mahu China membuka negaranya untuk penyiasatan yang
telus mengenai dengan punca COVID ini? Bukankah sudah jelas ianya datang dari
Kelawar? Atau kah semua itu tidak benar? Kenapa naratif yang kita pakai adalah
naratif yang dipopularkan oleh kumpulan dan aliran politik tertentu (e.g. globalis
dan berhaluan kiri) dan bukan semata-mata bersandarkan penilaian ilmiah yang
objektif? Telah ramai para Doktor, saintis, dan pengkaji yang mula meniup wisel
akan hal ini dengan mengatakan banyak ketidaktelusan yang terjadi dan sepertinya
krisis ini telah dipolitikkan dengan begitu hebatnya, tetapi mereka ini tidak
mendapat platform untuk didengari. Semua ini persoalan yang harus dijelaskan
dengan sebaiknya supaya kita ini tidak over-react dan menjadi takut sehingga
hilang kewarasan. Kita juga perlu mengimbangi hal ini sehingga kita mampu
keluar daripada pandemik ini dalam keadaan terbaik; iaitu kita berjaya
mengalahkannya dalam masa yang sama tidak pula tejelumpok dalam bidang-bidang
lain.
Selain itu, polisi-polisi awam yang
dibuat ini juga adalah macam sedikit berlebihan. Pada mulanya semua ini dibuat
tidak lain adalah untuk tidak membebankan sistem penjagaan kesihatan. Kemudian
langkah-langkah itu dibuat untuk memutuskan rangkaian penyebaran dan
mengelakkan jangkitan baru. Tetapi senario ini semakin lama semakin berubah.
Yang tadinya dibuat untuk menjaga kesihatan awam, sepertinya telah bertukar
menjadi social engineering secara massal. Sebahagian orang kurang senang dengan
penggunaan applikasi bagi contact tracing ini, kerana pada mereka ianya
berpotensi disalahgunakan bagi tujuan data mining atau hacking. Lebih-lebih
lagi apabila semasa sidang media 14 Mei 2020 dikatakan bahawa applikasi ini
telah dibuat dengan bantuan sebuah syarikat daripada China. Apakah hal ini
tidak menimbulkan red-flag? Kenapakah kita memilih syarikat dari negara itu?
Apakah mereka ini tidak terkenal dengan aktiviti penyuluhan, mencuri maklumat dan
recruitment? Adakah parti CCP yang berkuasa itu, satu parti yang telus dan agendanya
tiada lain adalah untuk kebaikan dunia atau mereka itu diketahui mempunyai
agenda komunisnya sendiri? Kenapa saintis dan doktor mereka yang melaporakan
virus ini dikabarkan ‘hilang’? dan sebahagian rakyat mereka dikunci di
rumah-rumah mereka sehingga ada yang mati bergelimpangan? Apakah juga
badan-badan intelijen kita sudah memberi input dalam hal ini? Apakah pihak
cyber-security telah meluluskan kerjasama ini dan apakah jaminan bahawa
data-data kita tidak dicuri?
Pada mulanya applikasi ini
diberigakan hanya untuk kegunaan untuk memasuki premis-premis perniagaan
tertentu sahaja seperti restoran dan juga bagi solat jumaat di Masjid. Tetapi
beberapa hari ini, hatta masuk ke pejabat Kerajaan juga dikehendaki untuk
menggunakan imbasan QR code. Bagaimanakah hal nya jika ada maklumat-maklumat
sulit di dalam telefon kita ini, mungkin bagi Menteri-Menteri atau VIP yang
lain, atau pegawai-pegawai yang memegang rahsia pertahanan negara atau rahsia
perdagangan dan sebagainya? Siapakah yang ada akses kepada back-end processesnya?
Dan siapakah yang meng-administer-nya? Apakah ini tidak membuka pintu kepada
penggodam? Tambahan kepada itu, ada orang yang melihatnya sebagai mass-tracking
atau surveillance dan berasa seperti diceroboh individual privacy-nya. Apa
tidaknya, setiap gerak gerinya dapat dikesan walaupun apps ini ditutup dan
ianya disambung kepada rekod bru-hims dan Artificial Intelligent yang entah apa
yang mampu dibuatnya. Semua ini menjadi kerisauan dan tanda tanya.
Tambahan kepada itu, saya melihat
seperti terlalu besarnya kuasa telah diberikan kepada autoriti kesihatan kita
ini tanpa adanya check and balance. Dulunya mereka kita harapkan untuk merawat
dan menjaga orang-orang sakit di kalangan kita, pada masa ini mereka telah
mengubah landskap kehidupan kita secara drastik. Mereka kita harap dapat
memberi nasihat kesihatan, sepertinya telah berkuasa memberi directive yang
tidak dapat lagi diperbincangkan. Dan sepertinya, tidak ada pun sesiapa yang mampu
untuk mengimbangi arahan-arahan atau pendapat mereka itu supaya jalan yang kita
ambil ini adalah jalan tengah yang terbaik. Kita semua ini mempunyai tujuan
yang sama, kita mahu yang terbaik buat negara kita. Tapi jalan dan pandangan mungkin
berbeza. Sudut ‘public health’ adalah utama untuk dijaga, tapi apakah sudut ‘civil
liberties’, ‘economic survivability’, ‘individual rights’ dan ‘social cohesion’
adalah tidak penting? Dikatakan dahulu di zaman Nazi Germany dan mana-mana
pemerintahan kuku besi yang lain, sentimen ‘for your safety’ selalu digunakan
pihak pemerintah untuk mengawal tindak tanduk orang awam kepada pematuhan
mutlak. Nampaknya perkara sama diulang kembali. "Semua ini untuk keselamatan
abiskita".
Dahulu kita pernah dikuasai kuasa
asing, masa ini kita telah ‘dijajah’ oleh sekecil-kecil virus. Kita ini satu
bangsa merdeka, tetapi melihat suasana yang ada ini, saya tidak dapat tidak
berfikir, di manakah dia nilai kebebasan dan kemerdekaan itu. Masuk ke masjid
sahaja, kena ‘minta izin’, kalau penuh atau ‘tidak hijau’, akan dihalang masuk.
Kanak-kanak tidak dibenarkan, sedangkan dikatakan bahawa orang-orang mudalah
yang mudah sembuh dari virus ini. Masuk ke pasar ramadan, kena beratur panjang.
Diawasi lagi oleh pasukan polis, lagaknya seperti orang bersalah. Di kedai atau
di mana-mana, kena ‘melapor’ dulu kepada ‘Big Brother’, dan berjarak-jarak. Sehingga
kita bersangka kalau-kalau orang sebelah menyebelah ini mungkin pembawa kuman. Dahulu,
orang yang sakit dan yang ada simptomlah yang kena mengasingkan diri, pada masa
ini, semua orang disuruh berjauhan. Kenduri kendara, nikah kawin, bersosial dan
hatta bersalamanpun dianggap sebagai unhygienic dan bervirus. Pendidikan dan
persekolahan terbantut. Inilah norma baru yang cuba diperkenalkan. Mudah-mudahan
saja, langkah-langkah ini cumalah sementara sahaja dan dalam masa yang singkat
ini semua ini dihapuskan dan kita akan berbalik semula kepada norma yang sebelum
ini. Saya menyeru supaya orang terus patuh kepada arahan pihak berkuasa, tetapi
pada masa yang sama, kita semua harus juga menggunakan kapasiti berfikir ini dengan
lebih mendalam lagi supaya apa jua yang kita buat ini adalah yang terbaik dan rasional.
Wallahu Ta'ala a’lam.
No comments:
Post a Comment