“THE ONLY CONSTANT IN THE WORLD IS CHANGE”
Saya membaca beberapa laporan akbar mengenai dengan
pelancaran Dasar Perubahan Iklim oleh Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara
Brunei Darussalam. Climate Change ini adalah merupakan satu tajuk yang saya
ikuti perbincangannya secara serius. Tetapi semakin saya mendalaminya,
rupa-rupanya perbincangan mengenai Climate Change ini bukanlah semudah itu. Climate
Change ini juga adalah isu yang rancak diperkatakan di peringkat global dengan
banyaknya perjanjian-perjanjuan yang telah dibuat bagi menangani isu ini secara
kolektif.
Bagaimanapun, isu ini juga adalah satu bidang yang
terlalu dipolitikkan (highly politicised)
dan terkadang agak sukar untuk membezakan di antara fakta saintifik dengan political talking points. Ianya juga adalah
satu perkara yang rumit kerana setakat ini belum ada ‘ijmak’ di kalangan para
pengkaji atau saintis. Walaupun dikhabarkan bahawa 97% atau 98% saintis
bersetuju tentang isu ini, tidak kurang juga ratusan saintis-saintis dan
pengkaji terkemuka yang membantah dengan membawakan hujah masing-masing. Pada
pemerhatian saya, sekurang-kurangnya, terdapat 3 school of thoughts di dalam
isu ini. Pertama ialah kumpulan yang bersetuju dengan sains dan
cadangan-cadangan mitigasinya, kedua yang bersetuju dengan sainsnya tetapi
tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan mitigasi yang diberikan, dan kumpulan
terakhir ialah yang tidak bersetuju dengan sains dan membantah keras preskripsi
yang dicadangkan itu. Di barat, kalau kita perhatikan, kebanyakkan proponents
isu climate change ini adalah kebanyakkan daripada parti politik atau kumpulan
yang berhaluan kiri dan ber-’manhaj’ sosialis/ komunis/ globalis dari sudut
ideologinya.
Antara yang menjadi titik pertikaian di kalangan pengkaji
ialah mengenai keabsahan data-data (legitimacy
of data) yang digunakan. Ada yang berpendapat bahawa terlalu banyak
kesilapan (error and irregularities)
terutama dalam data-data bagi kajian yang terdahulu. Tidak kurang yang
menyatakan bahawa ‘kesilapan’ tersebut adalah disenghajakan. Hockey-Stick Charts, yang menunjukkan
peningkatan suhu dan kadar CO2 global dan merupakan tunjang utama kepada
keseluruhan perbincangan ini, telah dinilai semula dan didapati ianya tidak
menepati piawaian saintifik dan bercanggah dengan penemuan saintis yang lain. Ini
adalah seperti apa yang pernah dilaporkan oleh beberapa media pada tahun 2009 dan
2011 yang digelar sebagai skandal ‘Climategate’,
di mana emel dan perhubungan di antara klimatologis terkemuka dunia ketika itu
telah digodam dan didedahkan kepada awam yang telah mendapati adanya malpractice bagi memanipulasi data untuk
menyokong naratif-naratif tertentu. Walaupun perkara ini berulang kali
dinafikan dan mungkin saja satu konspirasi, akan tetapi ianya telah mencemarkan
perbincangan mengenai Climate Change ini dan kredibiliti badan-badan yang
terlibat itu.
Selain daripada data dan maklumat, sebahagian pengkaji
juga telah mengkritik keras penggunaan computer
modelling di dalam membuat prediksi-prediksi bencana yang bakal terjadi
berikutan dengan pemanasan global. Jika dilihat kepada rekod sejarah dan
laporan media, ramalan-ramalan yang diberikan oleh saintis kebanyakannya adalah
tidak tepat dan kerap kali bertukar. Seperti pada tahun 50an dan 60an dahulu,
dikhabarkan bahawa dunia pada masa itu sedang mengalami ‘Global Cooling’ dan
kita bakal memasuki fasa ‘Ice Age’ yang baharu. Prediksi ini telah ternyata
silap. Climate crisis narratives ini
juga diperhatikan adalah kerap berubah, misalnya satu masa dulu kita ditakutkan
dengan krisis seperti ozone hole, acid rains, pelenyapan beberapa kawasan
rendah dengan kenaikan paras laut, kehilangan lapisan ais di kutub utara serta kepupusan
beberapa spesies binatang, dan sebagainya yang pada masa ini samada tidak
terjadi dan hampir tidak kedengaran lagi. Maka, dengan melihat kesemua ini, kita
tidaklah ada jaminan bahawa apa yang terkandung di dalam laporan-laporan
daripada The Intergovernmental Panel on
Climate Change (IPCC) yang menjadi rujukan utama Majlis Kebangsaan Perubahan
Iklim NBD, berserta dengan preskripsi-preskripsi yang diberikan itu adalah
berbeza dan lebih tepat pada kali ini.
Sebilangan pemikir pula mempersoalkan, sekiranya pun
iklim dunia ini berubah, tetapi sejauh manakah ianya disebabkan oleh aktiviti
manusia? To what extend and degrees? Is it fully? Partially? How many percent? Dan
dimanakah bukti yang mengatakan kita berupaya mengubahnya? And at what cost? Dikatakan
bahawa hasil daripada perindustrian dan pembakaran minyak dan gas telah
meningkatkan kadar karbon dioksida dunia - yang dianggap punca terhadap
pemanasan global. Soalannya, berapa peratuskah kandungan CO2 di atmosfera ini?
Dan berapa peratuskah ianya disumbangkan oleh manusia, dan berapa pula
disumbangkan oleh fenomena semula jadi seperti cetusan gunung berapi,
tumbuh-tumbuhan dan binatang? Apakah CO2 ini bermanfaat atau merbahaya kepada
kehidupan? Kenapakah dilaporkan bahawa bumi semakin menghijau jika dibandingkan
beberapa puluh tahun yang lalu – apakah CO2 elemen penting dalam potosintesis? Dan
kenapakah petani meningkatkan kandungan CO2 di dalam greenhouse mereka untuk mengoptimakan
pertumbuhan tanaman?
Pada masa yang sama, kita tidaklah menolak secara total
mengenai krisis ini. Mungkin saja perlepasan karbon dikosida ini akan terus meningkat
dan akan mempercepatkan pemanasan global dan perubahan iklim. Tetapi yang
pentingnya perkara ini untuk ditanggapi dan dilihat dari sudut yang berbeza.
Adalah lebih bermanfaat untuk kita melihat kesemua ini dari sudut risk analysis dan risk management. Maksudnya, kita seharusnya giat membuat persediaan
yang sepatutnya dengan mengambil kira worst-case
scenario, supaya sekiranya pun dunia secara kolektif gagal mengubah hal
ini, kita di negara ini sudahpun bersiap sedia menerima apa jua bencana yang
bakal menimpa. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Majlis ini dan agensi seperti
NDMC seharusnya memikirkan bagaimana menjadikan negara ini lebih berdaya tahan
(resilient) kepada perubahan-perubahan
iklim dan cuaca serta untuk mempersiapkannya menjadi disaster-proof secara berperingkat.
Adalah kurang bijaksana untuk kita berusaha mengurangkan
konsumsi tenaga secara drastik, sedangkan kita memerlukannya terutama bagi
meningkatkan ekonomi dan pembangunan industri-industri utama. Ini kerana jika kita buat perbandingan secara
global, pelepasan CO2 Brunei Darussalam adalah sangat-sangat rendah iaitu 0.025%.
Angka ini adalah sangat-sangat rendah dan negligible.
Ini bermakna walaupun kita berjaya membuat pengurangan secara drastik,
ataupun sebaliknya meningkatkan perlepasan sehingga 5 kali ganda pun, masih
ianya terlalu kecil untuk memberikan apa-apa impak di skala global. Sementara
kuasa-kuasa besar ekonomi dunia seperti China, Amerika Syarkita, India dan
selainnya yang merupakan penyumbang utama CO2 global, mereka itu berlumba-lumba
meningkatkan penghasilan mereka dengan bersungguh-sungguh.
Adapun langkah-langkah yang diberikan di dalam laporan
IPCC atau perjanjian-perjanjian antarabangsa seperti Kyoto Protokol dan Paris
Agreement, bahawa setiap negara harus mengurangkan pembakaran fossil fuel melalui Carbon Taxing atau
Carbon Pricing ini hanyalah akan membebankan rakyat dan masyarakat. Kos-kos ini
nantinya akan dipindah kepada pengguna. Kepada siapakah hasil ‘cukai karbon’
ini akan diberikan dan untuk apa ia digunakan? Kita perlu mengambil iktibar
akan protes Yellow-Vest yang terjadi di Perancis, yang antaranya membantah
keras tindakan pemerintah menaikkan cukai minyak/tenaga dalam usaha
mengurangkan penggunaan fossil fuel. Perkara ini telah menyebabkan keributan
dan ketidakstabilan di negara berkenaan. Selain itu, pencukaian ini juga akan
menghambat kemajuan industri dan ekonomi yang terlalu bergantung kepada penjaan
tenaga melalui minyak dan gas. Berapa ramai penduduk dunia ini berada dalam
kemiskinan yang sangat bergantung kepada aktiviti perekonomian dan penggunaan
tenaga sekadar untuk meneruskan penghidupan. Disebabkan inilah Amerika Syarikat
telah menarik diri daripada Paris Agreement kerana khawatir akan impaknya
kepada ekonomi mereka. Bayangkan sepanjang lockdown sahaja, ekonomi dunia telah
lumpuh, ramai yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan, ratusan juta orang
termasuk kanak-kanak kecil dianggarkan akan mengalami kebuluran - sehingga dilaporkan
ada yang terpaksa memakan tumbuhan liar untuk mengalas perut. Dan jika
berterusan jumlah kematian kerana kelaparan ini akan jauh meningkat.
Tambahan kepada itu, saya juga ada membaca laporan bahawa
Negara Brunei Darussalam pada masa ini adalah pada tahap Carbon Negative -
bermakna penyerapan CO2 oleh hutan kita adalah lebih tinggi daripada pelepasan.
Saya juga sedikit berbeza dengan inference
yang mengatakan bahawa kenaikan suhu negara ini sebanyak 0.6oc daripada
tahun 1970 hingga 2018 adalah disebabkan pemanasan global. Fenomena ini mungkin
boleh diperjelaskan dengan satu konsep di dalam bidang environmental sebagai Urban Heat Island atau kesan daripada Heat Sink, iaitu penyerapan tenaga
matahari disebabkan oleh binaan buatan manusia seperti jalan raya, bangunan,
dan infrastruktur lain menyerap tenaga suria dan memberikan kesan kepada bacaan
suhu sekeliling, yang sebelumnya adalah diserap oleh tanah dan tumbuhan. Sebab
itulah juga kenapa carta bacaan suhu negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji
Cuaca itu adalah merata (flatten) mulai dari tahun 1990 sehingga sekarang.
Bedasarkan kepada penjelasan-penjelasan di atas ini, kita
tidak menafikan sepenuhnya isu yang diperbincangkan. Pun begitu, approach kita terhadap perkara ini
haruslah terlebih dahulu dibincangkan secara terperinci dengan melihat kepada
keseluruhan fakta dan pendapat yang ada, kerana ianya akan melibatkan
penggubalan dasar yang akan mengubah kehidupan dan memberi kesan kepada rakyat
dan masyarakat. Adapun soal environmentalism
yang proaktif lagi praktikal, maka kita semya adalah penyokongnya. Inisiatif
seperti penjimatan tenaga, kajian dan pelaburan untuk teknologi hijau, pembersihan
udara, pemuliharaan hutan hujan, kitar semula, menjaga kebersihan bandar dan
desa, pembersihan perairan dan lautan, waste
and toxic management, yang semua
itu lebih mendatangkan kesan langsung dan positif kepada taraf kehidupan kita.
Kita tidak mahu berkempen atau berslogan sahaja, yang bagi saya ianya tidak
lebih daripada political correctness
dan virtue-signalling activism semata-mata.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment