NORMA BARU VS NORMA LAMA
Saya agak terkilan dengan satu
kejadian semasa membawa anak saya menunaikan Solat Isya’ berjemaah di Masjid
Kampong Salambigar malam ini tadi. Sejurus Iqamat, saya membawa anak saya
kehadapan untuk memenuhkan saf seperti lazim dibuat semasa solat jumaat, iaitu,
sejadah dirapatkan dan badan dijarakkan sedikit. Saya terkejut kerana orang-orang
di sekeliling kami secara berjamaah menegur kerana saya telah ‘tersalah’ menyusun
sejadah yang saya rapatkan dengan sejadah anak saya. Kerana pada saya, apakah
rasionalnya saya dan anak untuk dijauhkan, sedang kami datang satu kereta,
tinggal serumah bahkan selalunya tidur pun sekatil? Saya menerangkan bahawa sebalah
saya itu adalah anak saya, dan saya mahu merapatkan saf sepertimana jua yang
sepatutnya. Imam Masjid telah ikut-ikutan dan bahkan telah menegur cara saya menghamparkan
sejadah, yang saya lipat separuh supaya tempat sujud saya itu berlapik dan kaki
saya berada di karpet masjid. Ini untuk memudahkan saya berdiri dan terus
membawa sejadah itu apabila habis solat. Malah saya telah ‘diajar’ supaya kaki saya
itu berada di atas sejadah sendiri. Itulah SOP agaknya. Mungkin inilah penemuan
terhebat akan tatacara pencegahan virus?
Hal ini sangatlah menghairankan.
Kenapa semasa solat Jumaat, dibolehkan pula kita berada begitu dekat dengan Jemaah
yang lain, dan ketika solat fardhu tidak pula? Apakah asas dan alasan kepada
peraturan ini? Jika ini peraturan, kenapakah Jamaah yang ‘ambil peduli’ itu
juga ada sebahagiannya yang tidak memakai face-mask yang juga satu peraturan? Bahkan
Tuan Imam sendiri tidak memakainya? Imam yang tadinya saya nampak duduk
bercerita-cerita dengan Jemaah lain di belakang. Pulang dari masjid, saya
singgah sebentar ke kedai gunting rambut, bukan saja tidak ada penjarakkan
sosial, bahkan tangan tukang gunting itu menyentuh kepala dan muka saya. Tidak
pula ada apa-apa peraturan? Tidak pula autoriti kesihatan masuk campur?
Seperti jua tulisan-tulisan saya
sebelum ini, pada saya kita ini sekarang sedang ‘diperbodohkan’ dengan peraturan-peraturan
yang tidak masuk akal dan tidak pula mempunyai asas. Sepertinya ada usaha untuk
menghapuskan norma lama ataupun ajaran agama yang berpandukan Sunnah Nabi,
dengan ianya diubahsuai mengikut kepala hotak manusia. Tidakkah kita sedar apa
yang dibuat ini, seakan-akan kita menuduh bahawa cara yang diajarkan Nabi itu
tidak begitu bagus, kerana merapatkan saf bahu ke bahu, tumit ke tumit itu berpotensi
menyebarkan penyakit, dan cara kita inilah yang terbaik untuk mengelakkan
penularan wabak. Apakah pada kita, para doktor dan saintis itu lebih tahu akan
penyakit daripada Pencipta segala ciptaan yang telah mengutus Rasulnya untuk
kita ikuti? Inilah makna dan implikasi daripada pembudayaan norma baru yang
dipromosikan oleh semua pihak ini.
Tidak menafikan semua ini juga adalah
ijtihad pihak berkuasa agama. Para ulama telah membuat ijtihad akan hal ini. Tetapi
perlu diingat bahawa ijtihad ini adalah sangat bergantung kepada input dan
nasihat pihak berkuasa kesihatan atau saintis. Tepat dan betul input yang
diberikan, tepat dan betul pulalah ijtihad yang dikeluarkan. Saya tidak
mempersoal keputusan ulama, tetapi yang saya persoalkan apakah input-input yang
dibentangkan kepada mereka itu kesemuanya tepat? Adakah terdapat ‘dalil’ bagi
setiap nasihat yang diberikan itu? Saya sedikit hairan, terutama melihat kepada
asatizah dari dalam dan luar negara yang sangat kritis pada pendalilan dalam
bab ugama, tetapi tidak pula terlihat ke-kritis-an itu di dalam bab lain. Apa
yang disogok oleh Doktor/Kementerian, maka itulah fakta. Walaupun ada pendapat
kedua dan ketiga di dalam perkara yang sama. Yang biasa dilihat sibuk mencari
bukti, tapi dalam bab keduniaan terlalu percaya dan tidak pula ada minda yang
mempersoal. Seakan mereka itu telah menjadi kumpulan taklid buta yang cuba
mereka tentang dahulunya.
Saya bukanlah pakar dalam bidang ini.
Tapi saya juga tidaklah terlalu lembap untuk memahami lojika dan rasional akan
satu-satu perkara jika yang diberikan itu ada bukti-buktinya. Tetapi apa yang
terjadi ialah, peraturan-peraturan yang dibuat itu tidak masuk akal dan tidak
konsisten. Baru-baru ini tersebar gambar Menteri-menteri dan VIPs yang mengikut
RB Dine and Fly. Sudahlah tidak berjarak, dalam kabin yang tertutup, tidak pula
memakai face-mask. Inda pula timbul apa-apa isu. Ajaibnya virus ini, masjid
sajalah tempat kesukaanya! Tempat di mana semua orang dalam keadaan bersih dari
kepala sampai kaki dan memakai sungkup muka. Dan peraturan tidak munasabah ini masih
diamalkan dalam keadaan tidak ada kes dalaman lebih kurang 100 hari. Jika mula-mula
dulu, kita paham jugalah, but now?
And the level of hypocrisy of everyone in this is so unbelievable. Di opis semua orang macam sediakala, makan semija, meeting duduk ampir-ampir, solat bertemu bahu, tapi bila ada acara yang ada liputan, acah-acah ber-SOP. Disekolah murid-murid diarahkan mengikuti peraturan ketat, memakai mask atau penutup muka plastik, tapi cikgu-cikgi dan pakcik jaga tidak pula perlu, bahkan beibun/bacau-bacau macam inda ada apa-apa. Cubatah cek di spitar apa atu, sama juanya kali. Cuba liat surat kabar hari ini, yang di Masjid saja yang bertutup muka, sementara acara YB bersama anak-anak kecil, gotong royong, taman permainan, acara-acara universiti, orang masuk Islam dan lain-lain kenapa inda? Mana konsistensinya? Yang kancang menyuruh orang ikut peraturan ani, ia jua sama tu, munnya sudah hiking sama kawan-kawanya di sipatir atu bah, awu indada ya ada makai tutup muka tu, begambar lagi ampir-ampir. Kenapa bulih?
No comments:
Post a Comment