Mengapa malang di bumi bertuah?Saya membaca penuh minat akan berita pertemuan guru-guru ‘relief’ atau sandaran dengan SUT pendidikan beberapa hari lalu. Seramai 400 orang guru berkelayakan dan sebahagian besarnya berijazah masih lagi tercari-cari arah akan nasib dan masa depan mereka sebagai seorang guru tetap di sekolah-sekolah kerajaan. Tapi sebenarnya fenomena ini merentasi sempadan disiplin, bidang dan kemahiran. Ramai antara penuntut keluaran pusat pengajian tempatan terpaksa bergelut dan bersaing dalam dunia pekerjaan yang tersangat kompetitif ini. Dalam post-post saya yang lalu saya ada menceritakan bagaimana pengalaman saya dalam mengharungi situasi yang sangat-sangat menghairankan ini.
Suka saya merista balik kata-kata SUT pendidikan atu katanya: "Attaining a position within the government is never easy and different procedures and criteria have to be followed, and any particular post will only be advertised if there is a vacancy" (Borneo Bulletin). Bagi saya secara peribadi alasan “bukan senang” dan “banyak urusan” ini semuanya adalah jawapan mengelak untuk tidak disoal dengan lebih lanjut. Memang lah betul apa yang dikatakan, apa benda yang senang dan mudah? Tapi adakah atu alasan ketani untuk nda berbuat apa-apa dan cuma menunggu semua benda ani menjadi sanang dan ampai-ampai? Teringat saya kata-kata dari bekas President Amerika John F. Kennedy ketika misi Apollo dulu. Katanya: We do these things (going to the moon) not because they are easy, but because they are hard. Sedangkan segala proses dan sistem pengurusan yang kononnya payah atu adalah semuanya hasil perbuatan mereka-mereka juga. Mengenai dengan jawatan pula, ianya hanya diiklankan hanya bila ada kekosongan. Ani lagi salah satu daripada dasar kita yang nda berapa membantu. Umur bersara dinaikkan daripada 55 ke 60. Jadinya orang terpaksa bekerja lebih lama, dan memegang jawatan atu sebelum ianya dikosongkan dan jawatan atu dapat diiklankan. Kenapa kita kalau kan menyelesaikan sesuatu masalah hanya mengundang masalah lain?
Tapi dia sendiri mengakui adanya kekurangan dan keperluan kepada tenaga pengajar. "Although at the moment, the effectiveness of the establishment has not been elaborately researched on, the Department of Schools as well as I, along with other departments under the MoE, feel that the services offered by relief teachers are relevant and important particularly in addressing the issues of the absence and shortage of teachers." Hairannya dengan keperluan dan kekurangan atu jawatan nda dapat dicipta. Dan, mengikut seorang sahabat saya, apabila ditanya apa susahnya mencipta jawatan atu, ramai dari ‘high-ranking officials’ tidak mahu menjawab dengan berkata “benda ani sensitif”, “nda dapat dipersoalkan” dan sebagainya. Dan jawapan sterotaip ialah “nada budget”. Alasan kekurangan budget adalah salah satu daripada banyak benda yang nda dapat diterima oleh rakyat Brunei. Seperti kata saya dalam post sebelum ini, kekayaan Brunei adalah melebihi 1 Trillion dollar (menurut taklimat sebelum saya temuduga di kementerian Kewangan tahun lalu), dan ketani masih lagi menggali dan menemui telaga minyak. Kalau meikut perbelanjaan kita sekarang dalam lebih kurang 5 billion setahun, duit atu masih lagi cukup untuk 200 tahun.
Tidak cukup dengan masalah pengangguran dan ketiadaan kerja ini, kita saban tahun dikejutkan dengan kenaikan harga barang dan baru-baru ini kenaikan tariff elektrik bagi pengguna residensial iaitu rakyat-rakyat kebanyakan. Menjadi tanda tanya kepada orang mengapa kita lebih rela mengeksploitasi rakyat kita daripada mengeksplotasi hutan-hutan, tanah-tanah dan sumber semula jadi kita yang masih limpah ini. Teringat saya artikel yang ditulis oleh bekas Mufti perlis mengenai keengganan Imam Nawawi untuk memberikan fatwa mengharuskan kerajaan mengambil harta rakyat bagi kegunaan ketenteraan dan mengekalkan keamanan. Dan apabila ditanya oleh Raja kenapa dia enggan menyokong tindakan itu, dia menjawab : Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w.
Dan dilaung-laungkanlah akan penjimatan ini dicorong-corong radio dan televisyen. Khutbah-khutbah kita semuanya mengajak kita bersyukur dan berjimat cermat. Kedengaranlah ceramah-ceramah daripada ulama-ulama ‘mainstream’ akan kepentingan berjimat dan bersyukur dan tidak banyak ‘komplen’. Yang dituju ani rakyat yang pagi patang nya hanya menyuap nasi ‘katok’ atau ‘indo mee’. Yang tidur berasak-asak dibilik yang kecil. Yang belum ada mata pencarian. Yang bergaji kecil dan ramai tanggungan. Sementara para ulama-ulama ketani ani membutakan mata kepada yang lebih membazir dan bermewah-mewah. Dikabarkan kononnya belanja ‘eroplen’ saja jutaan ringgit setahun. Adakah kita semua disuruh berjimat cermat dan duit yang dapat dijimat atu dapat dibazirkan oleh orang lain?
Kita mengkagumi Sayyidina Umar al-khattab,sahabat Rasul dan amirul mukminin, apabila pada satu tahun disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” . Ini tidak, jangan kata kan ‘sangkut’ untuk orang lain, orang yang merayu-rayu minta pertolongan pun tidak diperdulikan.
Saya ada seorang kawan yang lahir dalam keluarga berada. Dia memberitahu bahawa kerana darahnya atu mengalir darah ‘yang mulia’ maka dia dan setiap ahil keluarganya mendapat ‘elaun’ darah setiap bulan. Katanya ia selama beberapa tahun ani sudah menerima 2000 ringgit sebulan + ‘elaun’ pelajaran tanpa perlu behapa-behapa. Dia mendapat hadiah kereta mercedez sebagai hadiah tamat pengajian sementara orang ‘berdarah’ biasa jangan kata hadiah-hadiah mahal, kana belanja makan restoran pun sudah cukup. Mereka hanya perlu lahir dalam keluarga mewah, manakala orang lain terpaksa membanting tulang dan bersengkang mata kadang untuk gaji yang nda berapa kan cukup. Inikah adil? Inikah Islam?